December 23, 2010

Anak Kecil

by saitusaya

Assalamualaikum wbt.

Anak kecil adalah insan yang paling suci yang diciptakan oleh Allah ketika dilahirkan dari perut ibunya. Semua anak kecil secara fitrahnya adalah suci, sesuci kain putih, dan bergantung kepada ibu bapanya yang mencorakkan menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. Semua orang pun sudah biasa dengan hadis Rasulullah S.A.W tentang anak kecil ini.

Namun pendidikan zaman moden sekarang ini tidak macam zaman saya kecil dahulu. Zaman saya kecil, kami diajar dengan mengaji Al-Quran bersama ustaz-ustaz yang boleh tahan garangnya. Bukan setakat muka mereka sahaja garang, bahkan di tangan siap ada rotan buluh. Bukan boleh main-main ketika membaca kalam suci Tuhan Yang Maha Agung itu. Bermula dengan kitab IQRA yang berjilid itu, kemudian berpindah ke muqaddam dan naik lagi ke Al-Quran. Pengajaran berperingkat seperti itu lebih mendekatkan anak kecil dengan ayat-ayat suci Al-Quran. Itu zaman saya kecil dahulu. Tapi sekarang, saya kurang nampak perkara ini ditekankan kepada anak kecil. Hanya segelintir yang masih menerapkan amalan ini kepada anak mereka, bermaksud, mengikut inisiatif mereka sendiri.

Sel neuron terbentuk ketika di dalam rahim ibu lagi. Setiap ibu digalakkan untuk membaca Al-Quran atau mendengarnya agar anak yang lahir nanti biasa dengan ayat-ayat suci Al-Quran. Ditambah pula dengan latihan-latihan yang menguji minda supaya dengan izin Allah mereka menjadi anak-anak yang bijak pandai. Dan apabila mereka lahir, azanilah atau iqamahkanlah mereka agar kalimat yang pertama kerema dengar adalah kalimat yang memuji Allah S.W.T. Kemudian biasakanlah mendodoi mereka dengan selawat-selawat Nabi. Dan berilah mereka makanan yang seimbang dari sumber yang halal. Usahlah beri makanan ringan terlalu banyak kepada anak-anak kecil kerana ianya akan mengganggu sistem tumbesaran mereka dan boleh menyebabkan mereka mengalami kegemukan jika pemakanan mereka tidak dikawal.

Bagi mendidik anak pula, cara terbaik adalah kenalkan mereka dengan Pencipta mereka. Allah S.W.T. Itulah yang diterapkan oleh Luqman Al Hakim dalam Surah Luqman ayat 13. Kita tak perlu risau jika anak-anak kita tidak boleh menyebut “Abah, Papa, Abi, Ayah, Umi, Mama, Ibu” atau selainnya tapi risaulah kita jika mereka tidak mengenal Allah. Perlahan-lahanlah beritahu mereka siapa yang menciptakan mereka dan sekelian alam semesta ini.

Dan apabila mereka besar sedikit, ajarilah mereka ayat-ayat Al-Quran yang senang-senang yang boleh mengajar mereka tentang kehidupan. Contohnya Surah Al-‘Asr. Surah itu mengajar mereka agar sentiasa menghargai masa dalam apa keadaan sekalipun. Dan ajarilah mereka solat dan bacaan-bacaan di dalamnya. Ketika mereka telah sampai umur 7 tahun, jika mereka tidak mahu solat, pukullah yang sekadarnya agar mereka belajar dari kesilapan.

Pendidikan yang bagus bermula dari rumah. Sebagai persediaan menghadapi cabaran yang pelbagai di sekolah nanti. Di sekolah lah mereka akan berjumpa dengan berbagai-bagai ragam manusia dengan pelbagai jenis perangai dan fi’il. Jadi mereka perlu diberi persediaan untuk menghadapi ujian yang agak besar bagi peringkat umur mereka ketika itu.

 

Jadilah ibu bapa yang juga pemimpin kepada anak-anak. Tuntunilah mereka supaya mereka tidak tersasar di dunia yang fana ini. Insyaallah kita terpilih dan anak-anak kecil kita juga terpilih.

Jika mempunyai anak nanti, insyaallah saya ingin menerapkan pada mereka semua  nilai-nilai yang pernah saya dapat dahulu sewaktu saya kecil agar mereka lebih bersedia menempuhi dugaan hidup yang makin hari makin pelik intipatinya. Lagi-lagi sekarang ini makin bertambah perangai manusia yang makin pelik dan sejahil zaman jahiliyyah dahulu. Kalaupun kita tidak dapat menakluk dunia dengan Islam, semoga anak-anak kecil kita nanti yang mewarisi perjuangan kita Insyaallah.

Wallahu a’lam.

December 8, 2010

NASIHAT IMAM SYAFIE: PANDUAN BERSAHABAT

by 2000N

1.Sahabat Yang Baik

Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri.

2.Mencari Sahabat Di Waktu Susah

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Kalau suka melanda, aku sering bertanya. Siapakah yang sudi menjadi sahabatku? Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah merekapun bertepuk tangan.

3.Pasang-Surut Persahabatan

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tak ubahnya roda zaman yang tak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri dari mereka, mereka mencemuhkan dan jika aku sakit, tak seorangpun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.

4.Mengasingkan Diri Lebih Baik Daripada Bergaul Dengan Orang Jahat

Bila tak ketemukan sahabat-sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat.

Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang mesti kuwaspada.

5.Sukarnya Sahabat Sejati

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Dan bersikaplah seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua tanganmu dari zaman tersebut dan dari manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka kelak kamu akan memperolehi kebaikannya.

Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Kutinggalkan orang-orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan ku janji orang-orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

6.Sahabat Sejati Di Waktu Susah

Kawan yang tak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi, dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.

Sepanjang hidupku aku berjuang keras mencari sahabat sejati sehinggalah pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tak satu negarapun yang penduduknya berhati manusia.

7.Rosaknya Keperibadian Seseorang

Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi tipuan dan rayuan. Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri-duri itu.

8.Menghormati Orang Lain

Barangsiapa menghormati orang lain, tentulah ia akan dihormati. Begitu juga barangsiapa menghina orang lain, tentulah ia akan dihinakan.

Barangsiapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barangsiapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.

9.Menghadapi Musuh

Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan.

Aku tampakkan keramahanku, kesopananku dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang kubenci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang kucintai.

Manusia adalah penyakit dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.

10.Tipu Daya Manusia

Mudah-mudahan anjing-anjing itu dapat bersahabat denganku, kerana bagiku dunia ini sudah hampa dari manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat, tidak seperti manusia-manusia jahat yang selamanya tak akan memberi petunjuk. Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.

11.Tempat Menggantungkan Harapan

Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang-orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahupun setelah mati.

12.Menjaga Nama Baik

Jika seseorang tak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. Dalam hati masih ada kesabaran buat sang kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.

Tak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tak sopan. Jika cinta suci tak datang dari tabiatnya, maka tak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal-hal yang kelmarin menjadi rahsia.

Selamat tinggal dunia jika tidak lagi ada sahabat yang jujur dan menepati janji.

November 14, 2010

Senyum

by sitihamizah

Senyum adalah amalan baik yang paling mudah dilakukan namun tidak ramai yang mudah melemparkan senyuman. Wajah yang ceria dihiasi senyuman dapat merawat hati yang resah dan menjadi penyejuk mata apabila ditatap wajah pemilik senyuman. Begitulah personaliti Muhammad Rasulullah sallallhu alaihi wasallam. Sesiapa yang terlihat wajahnya tidak mahu melepaskan pandangan darinya kerana wajahnya yang terukir senyuman menjadi penawar hati. Rasulullah SAW tersenyum apabila:

(1) bercerita tentang belas kasihan dan kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya. Kurniaan Allah terlalu banyak tidak terhitung namun manusia selalu ingat apa yang dia tidak peroleh. Cukupkah kita bersyukur dengan setiap kurniaan Allah yang menjamin kelangsungan hidup dan iman kita?

Hadis dari Abu Dzar radiallahu anhu, beliau meriwayatkan apabila Rasulullah SAW bercakap tentang akhirat, tentang balasan syurga, tentang orang yang terakhir masuk ke syurga, tentang orang terakhir keluar dari neraka, salah seorang dari mereka ada seorang lelaki, lelaki itu dibawa ke hadapan Allah, Allah mengarahkan hanya dosa kecilnya dibentangkan, dosa besar disembunyikan, lelaki tersebut bersetuju dengan semua dosa-dosanya. Kemudian Allah mengarahkan semua dosanya ditukarkan kepada kebaikan lalu lelaki itu berkata, “Allah, ada lagi dosaku yang lain yang Engkau tidak tengok, bawalah kesemuanya untuk diperiksa”. Tetapi Allah dengan kasih sayangnya mengabaikan saja dosa-dosanya yang lain.

Wajah Rasulullah SAW terukir senyuman apabila bercerita kisah tersebut.

(2) bercerita tentang restu Allah kepada Rasulullah SAW dan umatnya. Wajah baginda SAW ceria apabila bercerita kurniaan keluarga, keamanan, kesenangan, harta, ilmu dll. Baginda SAW tersenyum gembira dengan kelahiran cucu-cucu baginda Hassan dan Husain.

Dari Anas bin Malik r.a., beliau menceritakan pada satu waktu Rasulullah SAW menerima wahyu, selepas selesai penerimaan wahyu baginda SAW senyum (walaupun penerimaan wahyu itu adalah berat). Para sahabat bertanya, “Mengapa engkau tersenyum wahai Rasulullah?”. Kemudian baginda SAW membacakan wahyu tersebut iaitu Surah alKausar (iaitu nikmat yang hanya diberikan kepada umat Muhammad SAW)

(3) berada di kalangan ahli keluarga.

Dari Aishah radiallahu anha berkata, “Rasulullah tidak pernah masuk rumah kecuali dengan senyuman”.

Baginda SAW menyapa keluarga dengan senyuman, walaupun baru pulang dari dunia yang sentiasa cuba menyakiti baginda SAW, Rasulullah SAW meninggalkan segala keresahannya di luar rumah dan pulang dengan senyuman. Baginda SAW juga gemar bergurau dengan ahli keluarganya.

Dari Aishah r.a. beliau menceritakan Rasulullah masuk bertemu beliau yang ketika itu sedang bermain patung mainan. Rasulullah SAW bertanya, “Apa yang sedang kau lakukan?”, jawab Aishah, “Aku sedang bermain”, balas baginda SAW, “Tapi kau ada kuda yang bersayap, tidak pernah aku tahu ada kuda yang bersayap”. Aishah bertanya, “Wahai Rasulullah, tidak pernahkah kau dengar yang Sulaiman a.s. ada kuda bersayap?”. Baginda SAW tersenyum mendengar soalan Aishah.

(4) bertemu dengan semua ahli komuniti. Rasulullah SAW sebagai pemimpin sentiasa menyambut penduduk Madinah yang datang kepadanya dengan berbagai-bagai kerenah.

Diceritakan dari seorang Arab Badwi, “Aku tidak pernah jumpa Rasulullah SAW kecuali dengan senyuman”

(5) memberi nasihat dan melihat gelagat para sahabatnya.

Diceritakan pada satu waktu bandar Madinah dilanda kemarau teruk. Para sahabat meminta Rasulullah SAW berdoa supaya diturunkan hujan. Doa baginda SAW dimaqbulkan dan hujan turun dengan banyak dan lama. Selepas beberapa waktu, mereka datang kembali berkata, “Wahai Rasulullah, mintalah diberhentikan hujan kerana ia merosakkan tanaman kami dan rumah kami”. Rasulullah SAW tersenyum apabila melihat gelagat mereka yang bertukar-tukar kehendaknya.

(6) ada ancaman yang perlu dielak. Senyuman dapat melunakkan dan melembutkan hati sekaligus mengelak dari ancaman buruk.

Diceritakan Aishah r.a. rumah mereka didatangi seorang munafiq dan Rasulullah SAW berkata dari dalam rumah, “Sesungguhnya lelaki ini sangat keji”. Apabila dia masuk ke rumah, baginda SAW menyambutnya dengan penuh ceria.

Namun begitu, ketawa dan gelak berlebihan akan mematikan hati. Orang lain juga tidak akan memandang berat orang gelak berlebihan apabila dia serius. Baginda SAW berpesan, “Berhati-hati dengan gelak berlebihan kerana ia akan menyebabkan hati mati”. Ketika Rasulullah SAW terhibur, baginda tersenyum lebar dari biasa sehingga menampakkan gigi molarnya.

Senyum dan ceria selalu.

October 9, 2010

Mengenal Fikrah dan Permasalahan Remaja

by sitihamizah

Pada 7 Ogos 2010, kami berkesempatan mengenal dan beramah mesra dengan adik-adik Tingkatan Lima yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Inanam, Kota Kinabalu. Matlamat utama kami adalah untuk mengenal pasti tahap pemikiran mereka dan mengkaji keperluan tarbiyah dan dakwah untuk mereka. Matlamat tersebut agak jauh untuk dicapai dalam tempoh tiga ke empat jam kami berprogram tapi dengan maklumat yang tak seberapa kami kumpul ini diharap dapat membantu menjalankan kerja-kerja dakwah.

Program dimulai dengan sesi taaruf ringkas. Kemudian bermain permainan berkaitan Matlamat dan Strategi. Mudah saja permainan tersebut, hanya memerlukan mereka membaling dan mencampak kertas ke arah yang jelas atau secara rawak.

Slot ini mengajar mereka mengenal pasti apakah matlamat mereka dan apakah peranan mereka selepas tamat belajar di sekolah menengah. Adakah cukup setakat cemerlang dalam SPM? Mahu jadi doktor, jurutera, juruterbang dll? Kemudian selepas itu apa lagi yang mereka perlu lakukan untuk memenuhi masa hidup? Kesimpulan dari slot tersebut adalah perlu kepada matlamat yang jelas & luas dan penyusunan strategi dalam proses mencapai matlamat tersebut.

Slot kedua adalah memilih adik-adik yang berani ke hadapan berdasarkan ciri-ciri tersebut iaitu (1) Pelajar paling besar (2) paling kecil (3) paling hitam manis kulitnya dari kalangan muslimin dan muslimat. Setiap dari mereka mula menunjuk-nunjuk pada kawan-kawan siapa yang ‘paling-paling’ itu. Mereka yang dipilih memang segan mahu ke hadapan. Apabila mereka berenam berjaya berdiri di hadapan, mereka diberikan pujian kerana berani menghadapi gelak tawa rakan-rakan dan menggagahkan diri untuk ke hadapan. Pengajaran kepada yang duduk pula, jangan sangka mereka tidak akan diketawakan di kemudian hari.

 

Mengawal keadaan dari terus mentertawakan kawan

 

Slot ketiga menjelaskan secara tidak langsung apakah ‘matlamat’ dari slot pertama. Sesi tayangan video ini bercerita tentang kezaliman pihak Amerika & Israel dan sekutu mereka membunuh umat Islam di seluruh dunia.

Slot keempat adalah perbincangan di dalam halaqah masing-masing. Dalam kumpulan, kebanyakan pelajar berminat mengetahui cara untuk melanjutkan pelajaran di Russia dan cara hidup di negara tersebut. Juga dibincangkan pengajaran dan kesimpulan dari slot-slot lepas.

Maklumat dan analisa

1) Tahap kesedaran adalah memuaskan tentang peranan muslim pada zaman sekarang. Boleh diasah pemikiran mereka untuk melengkapkan kefahaman mereka tentang keperluan dakwah.

2) Masalah untuk kekal istiqamah selepas tamat persekolahan. Mereka sendiri perlu kekal istiqamah dari sekolah lagi.

3) Kurang bakat kepimpinan.

Tindakan

1) Perlu berhubung terus dengan pelajar Tingkatan Lima supaya ada follow up tarbiyah. Cadangan untuk menggunakan PSS atau Alumni SEMAI.

2) Bahan tarbiyah yang praktikal untuk membuka jalan pada mereka bagi mengaplikasikan ilmu.

Halangan dan masalah

1) Guru-guru.

2) Para ahli alumni perlu faham pada matlamat/fikrah gagasan supaya mudah mewujudkan kerjasama. (Dua kali kerja untuk salurkan kefahaman)

3) Tenaga penggerak kerja dakwah terhad.

Sebagai penutup, remaja dari SEMAI perlu diasah untuk menjadi penggerak dakwah di tempat masing-masing. Kita perlu terus memberikan sokongan dan perhatian sehingga mereka mampu untuk menyumbang tenaga dalam kerja-kerja dakwah.

July 12, 2010

Mengenali Rusia Dari Kacamata Muslim Tartar

by 2000N

Semalam , kami bertemu dengan seorang muslimah Rusia, pertemuan yang diatur bagi meningkatkan hubungan dua hala dua negara antara Malaysia dan Rusia.

Namanya, Madina Kalimullina, Timbalan Ketua bagi Hubungan Antarabangsa Department, juga sebagai Head of Economic Programmes Office.

Perjalanan pertemuan kami dimulakan dengan ibu kitab, Alfatihah, dan diteruskan dengan perbincangan dari segi Sejarah , politik, ekonomi, kehidupan sebagai muslim, pendidikan , kekeluargaan , organisasi muslim , kesihatan, serta sedikit tentang dinar dan dirham.

Seorang yang masih muda, hampir mencecah 26 tahun, sedang dalam proses menyiapkan  tesisnya bagi program post-graduat beliau. Kini pejabatnya, di pusat Islam Russia Mufties Council.

Beberapa isu perbincangan saya cuba berkongsi di sini sedikit sebanyak apa yang didapati dari perbincangan.

—————————————————————-

Kami : Sebagaimana yang diterangkan, islam telah hadir di sini berabad lamanya, tetapi bagaimanakah kehidupan di sini ketika era pemerintahan Soviet Union? Bagaiman islam diamalkan dalam kehidupan seharian?

Madina : Sebenarnya, ianya adalah waktu yang sangat sukar bagi semua yang mempunyai kepercayaan, bukan setakat muslim.

Dan mengikut kepada komunis parti, semua agama adalah dilarang sama sekali.

Semuanya mesti mengikut komunis punya sebagai contoh jadual, perancangan. Dan di sana tiada tempat untuk agama.

Tika itu, ada hanya satu tiket yang menunjukkan kamu adalah kepunyaan atau milik kepada komunis parti.

Parti komunis memusnahkan semua tempat agama, dan sebagai contoh sebelum dari revolusi 1917 , terdapat lebih 20 000 masjid dan selepas dari komunis berkuasa, hanya terdapat yang tinggal tidak lebih 100 masjid.

Dan di Moscow, terdapat 2  buah masjid yang tinggal , iaitu Masjid Katedra dan sebuah masjid yang dibina pada waktu Katerine kedua pada abad ke 18, fungsinya yang asal tidak digunakan, tapi lebih kepada yang mmebri manfaat kepada Komunis Party , sebagai contoh berek tentera.

Masjid-masjid ini juga tidak dimusnahkan kerana mereka fikir akan ada muslim dari negara-negara muslim yang akan datang ke sini, seperti dari Mesir, Indonesia. (Salah satu cara mereka menipu orang luar bahawa mereka terbuka dengan agama dan melayan rakyat mereka dengan baik).

Dan masjid sebenarnya hampir-hampir tidak dilawati, jika ada yang melwat, nama-nama mereka akan diisi ke dalam satu borang yang akan diberikan kepada pusat.

Ianya bukan hanya setakat masjid, tapi imam-imam, saintis-saintis kristian , semua ini dibunuh dan buku-buku dibakar.

Mereka menghancurkan semua perkara yang ada bagi mengelakkan penduduk ingat pada agama , kerana itu ia adalah waktu sangat sukar.

Alhamdulillah, selepas 20 tahun , selepas hancur komunis, kami dapat mengajar islam, dana mempelajari islam, dapat memperoleh pendidikan, dan dapat menyebarkan islam sebagai kehidupan.

Kami : Apakah mudah bagi penduduk muslim untuk mencari pekerjaan tanpa sebarang diskriminasi?

Madina : Ini soalan yang kontroversi.

Jika kita melihat kepada Undang-undang Rusia, seorang majikan tidak mempunyai hak untuk memecat kamu disebabkan hijab, ianya adalah menentang undang-undang.

Tapi, ada sebahagian dari mereka, yang mempunyai sikap sedemikian, mereka tidak kata kerana kamu muslim, atau kerana kamu dari negeri berlainan, bangsa lain.

Mereka akan kata, tiada tempat, mereka sudah jumpa seseorang yang layak, kamu tidak mempunyai kemahiran yang kami perlukan.

Tapi ini hanyalah sedikit bilangan dari majikan-majikan.

Dan kita katakan kepada muslim, jika bos kamu ada sikap sedemikian, tidak menghormati agama, maka tiada kewarasan,fikiran untuk bekerja di syarikat tersebut kerana di luar sana banyak lagi syarikat yang lebih berjaya, lebih terbuka, dan lebih beradab dan ini adalah untuk kebaikan kamu dan syarikat.

Alhamdulillah, ramai muslim yang kini berpelajaran dan mereka akan dapat pekerjaan dalam apa jua keadaan.

Dan selepas dari krisis (1998), ianya ada masalah.

Banyak syarikat tutup dan ini bukan hanya menyukarkan muslim tapi semua orang.

Kita boleh kata, yang ianya masalah, tapi ianya boleh diselesaikan.

Dan Allah , Dia akan bantu orang yang sentiasa mencari kebaikan untuk aqidahnya/pegangannya dan untuk kehidupannya.

Kami : Apa pandangan kamu terhadap dinar emas dan dirham?

Madina : Ianya adalah konsep yang bagus tapi ianya memerlurkan pendekatan yang sofistikated, dan memerlukan untuk cek banyak keadaan kerana jika kamu melihat kepada Kesatuan Eropah, mereka ada kembangkan kesatuan matawang, tapi of course ianya sesuatu yang sangat berlainan dari dinar emas, kerana itu kita memerlukan kesatuan di antara negara-negara muslim dan kesatuan yang lebih kuat dari sekarang dalam mengembangkan dinar meas ini.

Sesama muslim komuniti, kita boleh mulakan sesama kita, tiada masalah.

————————————————————————-

Sebenarnya, lebih panjang lagi kami punya perbincangan, dan ini hanya bahagian kecil dari perbincangan.

Suatu perbincangan yang sangat memberi nilai yang besar kepada kami.

Pandangan peribadi saya terhadap beliau, beliau seorang yang komited dengan Allah,yang mempunyai pandangan kehidupan yang jitu.

Mudah-mudahan Allah memberikan beliau seorang pasangan yang terbaik untuk dunia akhirat beliau.

Jawapannya terhadap seorang muslim tidak perlu bergantung/bekerja kepada syarikat yang tidak menghormati agama merupakan pandangan yang besar pengaruhnya pada akidah seorang muslim, mengelakkan diri bergantung harap pada manusia yang hina kepada melihat bahwa rezeki Allah Maha Luas. Saya melepaskan kepada kalian mengulas sendiri.

Akan ada di masa mendatang, suatu yang menanti, in sya allah, sedang dalam perancangan kami.

Moga Allah membantu kita semua meningkatkan rasa cinta kepada Dia, membantu kita menaikkan agamanya.

June 16, 2010

29 Rahsia Negara Yang Perlu Diketahui

by 2000N

Artikel ini dipetik dari Military of Malaysia

(Fakta yang saya kemukakan ini mungkin di bawahnya ada yang tidak tepat kerana tidak dapat disahkan kebenarannya. Saya berharap ada pembaca yang akan terangsang mindanya dan cuba mencari kebenaran akan cerita-cerita di bawah ini)

1) Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong.

2) Kemalangan pesawat MAS (MH653) di Tanjung Kupang bukan berpunca dari kerosakan enjin atau pilot error tetapi ada orang kata perbuatan sabotaj atau rampasan.

3) Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan “Smart Bomb” dari pesawat pengebom NATO.

4) Pernah berlaku pemberontakkan “Mutiny on ship” dalam sejarah Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), mereka yang terlibat kemudian dibicarakan di Mahkamah Tentera (Fakta tidak dapat disahkan).

5) Kapal perang TLDM, KD Selangor pernah terlibat dengan pertempuran laut dengan tentera Indonesia di mana seorang anak kapalnya mati semasa peristiwa konfrantasi dahulu.

6) Tahukah anda filem “Black Hawk Down” mengisahkan pemberontakan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysialah yang menjadi wira , tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf.

7) Beberapa orang pegawai dari lain-lain pangkat dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah ditangkap kerana menjual maklumat semboyan kepada pihak Singapura.

8) Juruterbang Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) akan standby di cockpit pesawat mereka 24 jam apabila timbul isu panas terutama yang melibatkan Singapura.

9) TUDM telah menghantar pesawat Hawk ke Labuan semasa untuk kemungkinan peperangan semasa isu perebutan kepulauan Ambalat dengan Indonesia.

10) Seorang rakyat Malaysia pernah menjadi perisik KGB dan telah ditangkap oleh pegawai perisikan negara di antara tahun 70 – 80an dahulu dan beliau mengakui pegawai Cawangan Khas dan risik ATM sebenarnya sangat cekap.

11) Malaysia pernah mahu membeli pesawat Boeing AWACS semasa tahun 80an dahulu tetapi membatalkan hasrat tersebut selepas niatnya di bocorkan oleh media tempatan, wartawan yang mendedahkan isu itu kesemuanya di soal siasat oleh polis Bukit Aman.

12) TLDM sudah pun mempunyai kapal selam tetapi dalam bentuk mini subs, untuk kegunaan pasukan PASKAL.

13) Filiphina pernah “mengacah” sebuah kapal perang TLDM apabila dua jet pejuang F-5 mereka terbang rendah semasa satu isu dahulu.

14) TLDM sering membantu AS melalui pergerakkan kapal-kapal selam Russia di Selat Melaka semasa era Perang Dingin dahulu dan ini menunjukkan, TLDM sudah pun mempunyai sistem pengesan kapal selam yang amat baik pada ketika itu.

15) Singapura sering menguji sistem pertahanan Malaysia terutama radar melalui sistem peperangan elektroniknya dari dahulu sehingga sekarang.

16) Jumlah pelancong Singapura akan bertambah di sesuatu kawasan apabila ATM membuat eksesais tentera di kawasan terbabit.

17) Tentera Singapura akan membawa peluru betul tetapi berselindung di sebalik nama latihan apabila timbul isu panas dengan Malaysia sebagai contoh ketika lawatan seorang pemimpin Israel ke negara itu satu ketika dahulu.

18) CIA pernah memasang pelbagai alat pengintipan canggih di KLCC, aktiviti tersebut berselindung di sebalik pengambaran filem Entrapment lakonan Sean Connery dan Catherine Zeta Jones (Fakta tidak dapat disahkan)

19) Komando Malaysia pernah dihantar dalam satu misi khas ke Manila untuk mengambil dokumen berkaitan dengan Sabah satu ketika dahulu (Fakta tidak dapat disahkan)

20) Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya menghancurkan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis.

21) Program permodenan ATM yang dikenali PERISTA dibatalkan oleh bekas PM, Mahathir Mohamad apabila terlalu banyak penyelewengan dalam program itu. PERISTA dibangunkan sebagai persediaan untuk menghadapi ancaman komunis yang telah menang di Vietnam.

22) Kapal perang tercanggih TLDM (bergantung kepada zaman) akan dihantar dahulu dan berlabuh di perairan antarabangsa apabila ada lawatan Perdana Menteri Malaysia ke negara itu.

23) Pesawat Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pernah divert (tidak diketahui sesiapa) ke Pakistan untuk melihat ujian bom nuklear pertama negara itu. Mahathir kini TUN menjadi satu-satunya pemimpin Islam di luar Pakistan yang pernah menyaksikan ujian tersebut (maklumat ini disampaikan sendiri dari seorang anggota perisikan Pakistan kepada penulis satu ketika dahulu).

24) Juruterbang Australia pernah menggelar pilot pesawat pejuang TUDM, “Berani tetapi Gila” dalam satu temuramah dengan media di negara kita. Australia dan TUDM sering mengadakan latihan bersama semasa negara itu mempunyai skuadron pesawat pejuangnya di Butterworth.

25) Helikopter Nuri pernah ditembak jatuh dengan roket semasa darurat dahulu.

26) Peristiwa di Pasar Bakara, Somalia menyaksikan dua buah kereta kebal Pakistan yang sepatutnya melindungi konvoi tentera Malaysia bertindak melarikan diri (Ini disahkan oleh seorang pegawai tentera).

27) Kapal peronda TLDM pernah karam di Laut China Selatan akibat cuaca buruk dan beberapa orang anak kapalnya hilang.

28) Dua pesawat pejuang jenis Sabre dari Butterworth (tahun 1970an) pernah dilancarkan ke udara selepas radar di pengkalan itu mengesan pencerobohan pesawat asing (UFO-hal ini pernah saya baca dalam akhbar di Perpustakaan Negara dan ada dalam sebuah buku mengenai UFO yang saya temui di perpustakaan UiTM Shah Alam).

29) Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batok (Nak tahu sila baca artikel tulisan wartawan MG Pillai).

June 7, 2010

Kedatangan Islam di Amerika Mendahului Columbus – Apakah Sahabat Nabi Tiba Dahulu?

by umaralfateh

Ada beberapa perkataan yang saya sukar untuk jadikan bahasa melayu disebabkan kekurangan diri ini.

Sekadar ingin berkongsi dengan kalian apa yang kami dapati dari kajian ilmuwan.

——————————————————————-

Apakah Sahabat-sahabat Nabi Muhammad pergi ke Amerika?

Research yang dikendalikan di Barat ketika era abad ke 20 telah membuktikan bahawa kewujudan muslim di bumi Amerika adalah sekitar 7 abad sebelum kedatangan Christopher Columbus.

Melalui pencarian bahan-bahan archelogi, linguistic dan analysis secara philological dan nama-nama tempat yang terdapat di bahagian-bahagian negara, fakta mengenai duit syiling, barang-barang rumah, dan pelbagai lagi alatan yang dijumpai menunjukkan ianya sekitar zaman Abbasiyah iaitu sekitar abad 8 dan 9, semuanya membuktikan serta menunjukkan teori muslim di Amerika, bermula 650 masihi, melakukan perjalanan ke benua itu untuk penempatan, ketika mana mereka mendirikan masjid dan sekolah-sekolah, meninggalkan impak yang besar kepada penduduk setempat, Amerika Indian.

Melalui sumber negara-negara islam, tidak membawa sebarang maklumat tentang perkara ini , iaitu penempatan muslim di Amerika, dan kajian yang dijalankan oleh Professor Barry Fell dari University Harvard secara yakin menegaskan bahawa Muslim sudah hadir di benua Amerika sekitar zaman Usman , Khalifah yang Ketiga, yang juga boleh dikatakan, mungkin sebilangan sahabat sudah sampai juga di sana.

Ramai pengkaji-pengkaji barat mengakui dan mengiktiraf peta  yang dibuat oleh Piri Reis  (seorang panglima tentera zaman Usmaniyyah) – (contoh peta beliau di bawah) sebagai bukti kewujudan muslim di Amerika jauh lama sebelum kedatangan rombongan Columbus, walaupun peta tersebut hanya memuatkan sedikit sahaja bahagian Amerika, tetapi ia dilukis dengan ketepatan ukuran yang jitu jarak di antara Amerika dan Africa.

Mengikut Salvatore Michael Trento , (former director of the Center for Archeological Research di MiddleTown, New York, sebelum memulakan perjalan ke Amerika, Columbus telah membaca buku Roger Bacon di University Oxford , yang memuatkan maklumat , satu kompilasi dari pelbagai sumber Arab, mengenai bahagian-bahagian geografi , bahagian lain di sebelah Atlantik, dari sinilah Columbus mendapat ilmu mengenai kepulauan di lautan Atlantik dan tempat-tempat lain.

Bukti Dari Sumber-sumber Di Barat

1 – Professor Barry Fell, pencen sebagai pensyarah dari University Harvard juga merupakan ahli Sains dan Seni dari American Academy , Royal Society , Epigraphy Society dan Society of Scientific and Archeological Discoveries , menegaskan mengenai kedatangan Islam di Amerika pada tahun 650 Masihi,telahan ini didapati dari kaligrafi penulisan berbentuk Khufi yanglebih merujuk kepada era tersebut dijumpai di pelbagai tempat merentasi Amerika.

Jika Kata-kata dari Professor Fell adalah kenyataan yang benar dan berisi, maka , muslim telah hadir di Amerika adalah sekitar era Usman , atau paling lewat Ali, Khalifah ke empat.

Bagaimanapun, maklumat ini tidak dijumpai dari sumber negara-negara Islam. Mungkin disebabkan Amerika terlalu jauh dari pusat pemerintahan di Madinah, dan ketidakkembalian delegasi ke Madinah untuk melaporkan berita mengenai tempat yang dituju, menyebabkan berita mengenai delegasi ini tidak dirakamkan di dalam kitab-kitab sejarah.

Professor Fell sekali lagi menggunakan hasil dari pelbagai carigali arkeologi yang diambil dari pelbagai bahagian sekitar Colorado, New Mexico , Indiana bagi menegaskan tentang pembinaan sekolah-sekolah (pusat pendidikan) muslim sekitar tahun 700-800 Masihi.

Penulisan, gambar-gambar, dan carta-carta yang diukir di batu-batu yang telah ditemui di kawasan paling terpencil dan dipenuhi dengan alam semula jadi yang masih terjaga di sekitar Barat Amerika merupakan anugerah tinggalan dari elemen dan turutan sistem pendidikan muslim di era tersebut.

Dokumen-dokumen ini ditulis dalam bentuk tulisan Khufi Lama dari Arab Africa Utara , yang merangkumi subjek-subjek seperti pembacaan, penulisan, arithmetic, agama, sejarah, geography , matematik, astronomi, dan pelayaran.

Keturunan dari peneroka-peneroka muslim ini mungkin adalah kaum-kaum setempat seperti Iroquois , Algonquin , Anasazi , Hohokam dan Olmec.

2 – Bukti kedua yang dibentangkan oleh Professor Fell adalah ukiran ” bismillah (dengan nama Allah) (picture 1) – dijumpai pada batu ketika kerja-kerja arkeologi di Nevada , merupakan milik zaman ke-7 masihi, ketika sistem harakat/baris/titik masih tidak dikembangkan lagi.

Begitu juga sebuah batu yang membawa ukiran ” Muhammad adalah Utusan Allah” (gambar 2) juga dari zaman yang sama.

Sebagai perbandingan kedua-dua gambar ini, ukiran-ukiran ini bukanlah seperti tulisan Arab Moden , tetapi ianya adalah jenis Khufi yang relevan pada abad ke 7.

Orang-orang Arab, mengikut apa yang ditemui oleh Professor Fell, telah meneroka Nevada ketika abad ke 7 dan 8. Sekolah terawal yang muncul, dimana ianya mengajar mengenai Islam dan Sains , terutama pelayaran, telah menerangi setiap satu dari penyiasatan arkeologi yang dijalankan oleh Professor Heizer dan Baumhoff dari Universiti Calfornia sekitar kawasan WA 25 di Nevada.

Cari gali di Nevada telah mendedahkan penulisan berbentuk Arab Naskhi dan Khufi yang diukir di atas batu dimana ianya menceritakan tentang sekolah ini. (picture 3)

Aplikasi dari formula matematik ” 5 diamond bersamaan dengan alif” (alif adalah huruf pertama dalam huruf-huruf arab) boleh dilihat dari gambar ini (picture 3b dan 3c).

Perkataan-perkataan arab di gambar 3b dan 3c dijumpai semasa cari gali di Nevada, adalah sama dengan gaya tulisan Arab di Afrika Utara.Sekali lagi, sebuah batu yang lain dijumpai di Nevada membawa tulisan ”Allah” , gaya tulisan yang sangat menonjol sepertimana teknik pada abad ke 7 dan 8 di Afrika Utara.

Persamaan kaligrafi yang dijumpai dengan pelbagai bentuk tulisan nama Nabi yang merangkumi dari zaman berbeza, terutamanya yang lebih merujuk kepada Afrika dan Amerika , dijumpai ketika siasatan arkeologi sangat menarik perhatian.

Bentuk A bagi Gambar 4 dijumpai di Al-Ain Lahag , Morocco dan bentuk B dari East Walker River, kedua-keduanya kini ditempatkan di University California.

Bentuk C pula dijumpai di Nevada dan bentuk C dan D terletak di Churchill country dan kini disimpan di University California,

Bentuk F dijumpai di AlHadji Minoun Morocco, bagi bentuk G pula , diukir pada seramik dijumpai di al-Suk, Tripoli, Libya.

Dan Bentuk H , kini di University California, dijumpai di Cottonwood Canyon, dan bentuk I terletak di sempadan Morocco dan Libra.

Semua inskripsi ini merupakan dari abad ke 8 dan 9 masihi, secara jelas menunjukkan persamaan dari segi stail di antara Utara Amerika dan Utara Afrika, yang juga sedikit sebanyak menjelaskan berlakunya migrasi dari Afrika ke Amerika.

Bersambung….

——————————————————————-

Rujukan

1. Fountain magazine, April-June 2007, issue 58.
2. Fell, Dr. Barry. Saga America, p. 190, Time Books, New York: 1980.
3. ibid. p. xiv.
4. ibid. pp. 332-333.
5. ibid. pp. 333-334.
6 ibid. p. 182.
7. ibid. p. 243.
8. ibid. p. 26.
6. ibid. p. 276.
7. Teacher, John Boyd. Christopher Columbus, p. 380, New York: 1950.
8. Columbus, Ferdinand. The Life of Admiral Christopher Columbus, p. 232 Rutgers Uni. Press, 1959.
9. Obregon, Mauricio. The Columbus Papers, The Barcelona Letter of 1493.
10. The Landfall Controversy, and the Indian Guides, McMillan Co., New York: 1991.
11. Weiner, Dr. Leo. Africa and the Discovery of America, Vol.2 p. 365-366 Philadelphia: 1920.
12. Obregon, 1493.
13. Trento, 1978, p. 23.
14. ibid. p. 29.
15. ibid. p. 65.
16. Fell, 1980. 250-252.
17. Trento, 1978, p. 15.
18. Fell, 1980. p. 400-403.

19. Trento, Salvatore Michael. The Search for Lost America, p.15 Penguin Books, New York: 1978

June 1, 2010

Terapi Kehidupan

by saitusaya

Assalamualaikum wbt.

Menangis itu satu terapi kehidupan. Menipulah kalau seseorang itu kata dia tak pernah menangis. Menangis itu satu cara kita mengeksperikan perasaan kita. Macam budak kecil, dia menangis untuk memberi tanda yang dia lapar ke, dahaga ke. Sebab dia tak mampu untuk memberitahu yang dia lapar. Dari segi biologinya, air mata kita ini mempunyai fungsinya yang sangat – sangat penting. Pertama, perlindungan kepada mata (protective mechanism) untuk melembapkan mata di samping menepis habuk atau sebarang bendasing dari masuk ke dalam mata. Macam mana ia bertindak? Hurm. Setiap dari mata kita ini, kita ada sejenis lapisan yang dipanggil tear film. Lapisan ini mempunyai beberapa lapisan yang mengandungi bahan tertentu. Dan ia juga memerlukan oksigen untuk menjalankan aktiviti melembap dan melindung. Bagi pengguna kanta lekap (contact lense), lens itu akan menutup jalan kemasukan oksigen ke dalam mata. Sebab itu, mereka yang menggunakan kanta lekap, kerap mengalami pengeringan dan memerlukan ubat titik yang specifik (special eye drop) untuk melembapkan mata mereka. Kedua, apabila mata kita diirritate oleh sebarang gas yang kuat atau bendasing yang masuk ke dalam mata. Paling selalu yang masuk ke dalam mata adalah bulu mata sendiri. Dan sebab ketiga adalah disebabkan stress. Inilah yang kita kenal sebagai menangis. Stress di sini bukan bermakna stress belajar atau apa. Tapi ini bermaksud emotional stress, sakit atau menderita. Kalau cakap pasal menderita ni, mesti kamu terus teringat pada perempuan bukan? Itulah sedikit sebanyak tentang air mata.

Dan kalau kamu nak tahu, air mata kita mengandungi sejenis garam. Sebab itu, kalau sesiapa pernah rasa air mata sendiri, dia akan rasa masin. Sesetengah orang kata, air mata ini adalah sejenis senjata bagi perempuan. Benarkah? Saya pun tidak tahu sejauh mana kebenarannya. Tapi apa yang dilihat, perempuan biasanya mengeksperikan apa yang mereka rasa dengan menitiskan air mata. Untuk orang lelaki, saya tidak pasti pula.

Saya mulakan dengan : menangis ini satu terapi. Kenapa? Ia satu terapi untuk hati kita. Dengan menangis, kita menilai kembali tahap iman kita. Kita buat koreksi diri. Sejauh mana kita berusaha untuk menjadi hamba yang merendah diri kepada Tuhannya. Kalau kita boleh menjadikan airmata kita untuk memujuk dan meminta maaf kepada orang yang sedang marah pada kita, tapi kenapa kita tak boleh pujuk Pencipta kita dengan menangis menyesali diri tatkala kita berbuat salah? Apabila kita bersendirian dengan Pencipta terutama pada hening malam, tambah lagi dengan menangisi dosa lalu, kita seolah – olah diberi satu nafas baru dalam diri. Kita akan rasa lega, dan bersedia untuk memperbaiki diri. InsyaAllah berkesan. Cubalah.

“Maka patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini (sehingga kamu mengingkarinya)? Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya) dan kamu tidak mahu menangis (menyesali kesalahan kamu serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu)?” (Surah An-Najm : 59-60)

May 13, 2010

by tansriazif

SURAH YAASIN

Facts & Figures;

–          36th surah out of the full 114 in the Holy Quran.

–          Consists of 83 sentences/ayats.

–          Included as one of the surah-surah Makkiyyah.

–          Being sent down after surah Aj-Jin.

–          Named after the two Arabic letters – Ya & Sin.

–          Being sent down when the prophet is in Makkah.

–          Ayat 12 was sent down during the prophet’s emigration from Makkah to Medina.

Terdapat banyak hadis yang telah menjelaskan tentang fadhilat Yaasin; iaitu untuk keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Sebaik-baik ibadah seorang hamba kepada Tuhannya ialah membaca Al-Quran. Pada hari kiamat kelak, Al-Quran akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya dan Allah SWT telah menjanjikan ganjaran kebaikan atas setiap huruf yang dibaca. Seharusnya orang yang membaca Al-Quran dapat meneliti dan memikirkan kandungannya akhirnya akan merasa insaf serta terbentuk imannya.

Contents;

–          Keimanan: Bukti-bukti adanya hari berbangkit; Al Quran bukanlah syair; ilmu, kekuasaan dan rahmat Allah; syurga dan sifat-sifat-Nya yang disediakan bagi orang-orang mukmin; mensucikan Allah dari sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya; anggota badan manusia menjadi saksi pada hari kiamat atas segala perbuatannya di dunia.

–          Kisah: Kisah utusan-utusan Nabi Isa a.s dengan penduduk Anthakiyah

–          Dan lain-lain: Tidak ada faedah peringatan bagi orang-orang musyrik; Allah menciptakan segala sesuatu berpasang-pasangan; semua bintang-bintang di cakerawala berjalan pada orbit yang telah ditetapkan Allah; ajal dan hari kiamat datangnya secara tiba- tiba; Allah menghibur hati Rasulullah SAW terhadap sikap kaum musyrikin yang menyakitkan hatinya.

–          Allah telah menjelaskan janji-janji kebaikan juga kenikmatan bagi mereka yang beriman dan yang menurut perintahnya, serta ancaman yang mengerikan bagi mereka yang ingkar terhadap perintahNya.

*According to Iman Al Ghazali r.a : This surah is also named/known as the heart of the Holy Quran because, the iman of one is neither acceptable/valid nor complete if he doesn’t believe in the hereafter.

Yaasin Covers the Art of;

–           Farming.

–           Universe.

–           The Sea.

–           Hereafter.

–           Human beings.

–           Prophecy.

–           Animals.

Islamic Traditions;

–          When someone is at his/her deathbed.

–          Friday night.

–          Nisfu Sya’ban night.

–          Tahlil.

–          Every morning after Fajr prayers.

–          Every evening.

*Barangsiapa mengamalkan bacaan surah Yassin di pagi hari, Allah SWT akan mempermudahkan urusannya di sepanjang siang hari. Barangsiapa mengamalkan bacaan Surah Yaasin dipetang hari, Allah SWT akan memeliharanya kehidupannya di sepanjang malam.

Compilations of Narrations & Hadiths;

–          Hadrat Ata Ibn-e Abi Ribah berkata bahawa Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda,”Sesiapa yng membaca surah Yaasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi”.

–          “Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi Al-Quran ialah surah Yaasin. Barangsiapa membaca surah Yaasin Allah SWT akan menulis pahala baginya seumpama ia membaca seluruh Al-Quran sebanyak sepuluh kali.”

–          Allah SWT membacakan surah Yaasin dan Taha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi dan mendengarkan ini, para malaikat pun berkata,”Umat dimana Al-Quran diturunkan akan dirahmati, hati-hati yang memikulnya , yakni yang menghafalnya akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga dirahmati.

–          “Sesiapa yang membaca surah Yaasin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca keatas orang yang mati.”

–          Surah Yaasin dinamakan Mub’mah (pemberi berita baik) didalam Torah kerana ia mengandungi manafa’at kepada pembacanya, didalam kehidupan dunia dan jugga akhirat, ia menghindarkan penderitaan didunia dan juga akhirat dan menjauhkan kedahsyatan dikehidupan akhirat. Surah ini juga dikenali sebagai Rafi’ah Khafidah, iaitu yang mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan menurunkan darjat orang-orang yang ingkar (tidak beriman).

–          Menurut satu riwayat Rasulullah saw bersabda, “Hatiku menghendaki supaya surah Yaasin berada disetiap hati Ummatku,”

–          “Barang siapa membaca surah Yaasin, ia akan diampunkan, siapa sahaja yang membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, barang siapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula, barang siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya semula, dan bila sesaorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan, makanan itu akan mencukupi. Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika sesaorang itu membaca keatas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan juga baginya.”

–          Maqri rahmatullah ‘alaih berkata, “Jikalau surah Yaasin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu.

–          “Menurut sebuah hadith yang lain jikalau seseorang itu membaca surah Yaasin dan surah Was-Saffat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima.

–          Dengan menjadikan bacaan surah Yaasin pada setiap pagi hari dan petang, dan dengan amalan yang berterusan, apabila berlaku kematian, Allah SWT menjanjikan Syahid.

–          Sabda Rasulullah saw, “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yaasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya”

The Great Benefits of Yaasin;

Ayat 1-9       – For self protection.

Ayat 9          – Invisibility against the infidels.

Ayat 12        – The heart of the Yaasin.

Ayat 13-35   – Story of the martyrs.

Ayat 22-23   – For our aqidah & hidayah for the kids.

Ayat 29        – Good deeds to avoid from slander/defamatory/fitnah.

Ayat 30        – For repenting oneself.

Ayat 32        – To repent others.

Ayat 33-35   – Good deeds for those into farming/gardening.

Ayat 36        – Explanation that everything has been made in pairs. Best for    those who are still single/who are seeking for a partner in life.

Ayat 37        – Strengthen ones aqidah.

Ayat 38        – Explains that even the sun & the moon bows down to All Mighty.

Ayat 39        – The art of the universe.

Ayat 40        – States that Allah SWT is ONE.

Ayat 41        – The history of Noah & his ark, best read upon entering a vehicle.

Ayat 44        – The sweetness of life, to avoid slander/defamatory/fitnah.

Ayat 45-48   – The obstinacy of the infidels towards All Mighty.

Ayat 49        – Stories of hereafter.

Ayat 50        – States that every individual will be dealt by their deeds.

Ayat 58        – Greetings from Allah SWT. Useful for headaches & migraines.

Ayat 76        – For self inner peace against the slander of others.

Ayat 78-79   – Specifically for muscular, bone & body pains.

Ayat 79        – He is All Knowing.

Ayat 82        – Especially for ones desires, wishes & intentions.

May 12, 2010

Mengenali penyakit hati

by saitusaya

Assalamualaikum wbt.

Setiap daripada manusia memiliki hati. Namun tidak semua mempunyai hati yang bersih dan sihat dari penyakitnya. Contoh penyakit hati yang sering melanda diri manusia itu adalah hasad dengki, takabbur dan sebagainya. Tapi hati yang disebut-sebut itu, di manakah ia? Lokasi sebenar hati itu mana letaknya? Apakah makna sebenar segumpal daging yang dimaksudkan oleh Rasulullah dalam hadis ke-6 dari Hadis 40?

Walaupun pokok perbincangan hadis tersebut amat besar, tapi ianya berkaitan dengan segumpal daging yang disebut sebagai Al-Qalb. Apakah definisi Al-Qalb itu? Menurut Imam Ghazali dalam hasil karya beliau bertajuk Ma’arij Al-Qudsi fi Madariji Ma’rifatin Nafsi, maksud Al-Qalb itu ada dua:

  • Segumpal daging berbentuk satu genggaman manusia yang diletakkan di sebelah kiri dalam rongga dada (thoracic cavity) dan boleh dilihat secara jelas. Dari situ kita dapat mengetahui bahawa Al-Qalb yang dinyatakan adalah sumber oksigen kepada tubuh dan juga organ penting untuk manusia dan haiwan, iaitu jantung. Ianya juga membawa maksud, jika rosak Al-Qalb ini, maka rosaklah seluruh tubuh manusia atau haiwan itu. Jadi ini dapat disimpulkan bahawa Al-Qalb itu membawa makna jantung.
  • Secara abstraknya, Al-Qalb itu membawa maksud ruh (jiwa manusia) dan tidak boleh disentuh sepertimana jantung yang diterangkan pada makna sebelumnya. Ruh inilah yang membawa amanat dari Allah SWT. Ruh ini jugalah yang menyatakan kesanggupan untuk mengenal tauhid dengan mengakui keesaan Allah SWT sewaktu mula-mula ia diciptakan, sepertimana dalam Surah Al-A’raf ayat 172:

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Betul (Engkau Tuban kami), kami menjadi saksi”. (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengata- kan: “Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)

Bagaimana pula peranan syaitan dalam penyakit hati manusia ini? Dalam satu hadis diriwayatkan oleh Muttafaqun Alaih, Rasulullah SAW bersabda: ” Sesungguhnya Syaitan itu meresap ke dalam diri manusia seperti mengalirnya darah dalam tubuhnya”

Jalan syaitan  untuk menyelinap ke dalam hati manusia:

1. Marah

Marah adalah pintu yang paling mudah untuk syaitan menyelinap ke dalam hati manusia. Sifat marah yang meluap-luap mampu menutup sifat kewarasan akal. Apabila kewarasan akal dikaburi dengan marah, sebarang tindakan yang diambil adalah tindakan yang merugikan diri sendiri. Seorang wali Allah bertanya kepada Iblis: Bagaimana engkau menawan anak Adam? Iblis menjawab: Aku tawan dia ketika dia marah dan ketika ia bernafsu.

2. Nafsu

Nafsu bukan sahaja terdiri daripada nafsu syahwat, tetapi juga nafsu terhadap makanan, berjual-beli, mengumpul harta dan sebagainya. Syaitan menawan hati manusia ini melalui pintu nafsu yang tidak terjaga. Jadi, untuk mengelakkannya, manusia itu perlu menjaga kehormatan dirinya dan memelihara nafsunya supaya tidak terjerumus kepada hasutan syaitan.

Surah Al-Mukminun ayat 5 – ” Dan mereka yang menjaga kehormatan dirinya.” Iaitu antara ciri orang beriman yang berjaya adalah yang menjaga kehormatan dirinya.

3. Tergesa-gesa

Manusia ini sinonim dengan tergesa-gesa seperti dalam surah Al-Isra’ ayat 11, “Dan manusia berdoa dengan (memohohn supaya dia ditimpa) kejahatan sebagaimana dia berdoa dengan memohon kebaikan, dan sememangnya manusia itu tergesa-gesa.”

Sifat tergesa-gesa menyebabkan seseorang itu terjebak dalam kesusahan dan syubhat. Namun, manusia itu mampu mengawal sikapnya dengan sifat berhati-hati. Dan berhati-hati itu datangnya dari Allah SWT.

4. Hasad dengki

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda, “Penyakit umat sebelum kamu telah menular kepada kamu iaitu hasad dengki dan permusuhan. Permusuhan itu ialah pengikis dan pencukur. Saya tidak maksudkan mencukur rambut tetapi ia mengikis agama.”

Hasad dengki boleh mengikis Iman seseorang jika ia tidak sedar dengan cepat. Dan sifat dengki ini juga mampu mengkucar-kacirkan suatu komuniti jika tidak ditangani dengan bijaksana.

5. Kikir

Kikir ini menghalang manusia berbuat kebaikan dan sedia berkorban. Terutama berkorban harta dan tenaga untuk jalan Allah SWT. Dalam surah Al-Baqarah ayat 268 Allah menyebut tentang sifat kikir ini :

“Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunia. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.”

6. Takabbur

Ini adalah sifat yang menyebabkan syaitan digugurkan darjat oleh Allah SWT hanya kerana tidak mahu sujud kepada Nabi Adam di saat Nabi Adam diciptakan. Ia merasakan dirinya jauh lebih mulia kerana dijadikan daripada api sedangkan Nabi Adam hanya dari tanah. Jika sifat ini terbina dalam diri seorang manusia, ia amatlah berbahaya kerana ia akan merasakan dirinya lebih mulia dari orang lain dan amat susah untuk menerima kebenaran.

7. Buruk sangka

Berbahaya sungguh sifat buruk sangka atau lebih dikenali dalam bahasa arab sebagai Suu Zhon. Ini menghalang terbentuknya ukhwah islamiyyah dan mahabbah antara Muslim. Dan ianya juga punca tersebarnya fitnah yang akhirnya mencetuskan perbalahan sesama manusia. Kita kena menghindari sifat buruk sangka ini supaya ukhwah dapat terjalin dengan utuh.

Surah Hujuraat ayat 12 :

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yaang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati. Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.”

Kesimpulannya, si pemilik hati ini kena bertanya kepada hati mereka sama ada hati mereka itu sakit atau tidak. Dan penawar kepada penyakit hati adalah kembali kepada Rabbnya. Nescaya hati yang gundah akan kembali tenang.

Surah Ar-Ra’d ayat 28 : (Yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.

Wallahu a’lam