Cerita Baitulmaqdis dengan Para Rasul dan Nabi

by sitihamizah

Cerita-cerita di dalam alQuran berkenaan tanah Baitulmaqdis banyak dikaitkan dengan para Rasul dan Nabi utusan Allah. Cerita para Rasul dan Nabi yang banyak dikaitkan dengan tanah ini membuatkan kita berfikir apakah signifikan kawasan ini kepada seluruh komuniti muslim sehinggalah sekarang. Dan yang paling utama, kisah perjalanan Muhammad sallallau alaihi wasallam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa pada waktu malam. Apakah kesan dan sejarah kawasan ini dikaitkan dengan ummat manusia sekarang? Sebelum tulisan ini pergi jauh, marilah kita menyelak-nyelak lembaran alQuran sambil berkenalan dengan kisah para Rasul dan Nabi dengan Baitulmaqdis.

1) Ibrahim alaihisalam

Ur, Mesopotamia (Iraq moden) adalah tanah kelahiran Ibrahim a.s. Kisah beliau yang paling terkenal adalah apabila beliau memusnahkan berhala-berhala sembahan kaumnya dan dihukum bakar hidup-hidup.

Mereka berkata” Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu, jika kamu benar-benar hendak berbuat”. Kami (Allah) berfirman” Wahai api, jadilah kamu dingin dan penyelamat bagi Ibrahim!”, dan mereka berbuat jahat terhadap Ibrahim, maka Kami menjadikan mereka itu orang-orang paling rugi. (alQuran 21:68-70)

Kedudukan Ibrahim a.s. disisi Allah diceritakan oleh Allah

Dan (ingatlah) ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat, lalu dia melaksanakannya dengan sempurna. Dia (Allah) berfirman; ” Sesungguhnya Aku menjadikan engkau sebagai pemimpin bagi seluruh manusia.” Dia (Ibrahim) berkata, “Dan juga dari anak cucuku?”Allah berfirman, “(Benar, tetapi) janji-Ku tidak berlaku bagi orang-orang yang zalim” (2:124)

Kemudian Allah memerintahkan Ibrahim a.s. dan Lut a.s. bergerak menuju ke kawasan baru selepas menghukum manusia yang ingkar.

Dan Kami selamatkan dia (Ibrahim) dan Lut ke sebuah negeri yang telah Kami berkahi untuk seluruh alam. (21:71)

2) Musa alahissalam

Lebih kurang 500 tahun selepas kisah Nabi Ibrahim, Musa a.s. diutus Allah ke Mesir untuk menunjukkan tanda-tanda Allah kepada Firaun dan menyelamatkan Bani Israel dari cengkaman kezaliman. Bani Israel melalui sejarah yang panjang di Mesir selepas perpindahan keluarga Nabi Yaakub a.s. dari Baitulmaqdis ke Mesir (Kisah Yusuf a.s.). Allah memerintahkan mereka bergerak menuju ke Baitulmaqdis.

Wahai kaumku! Masuklah ke tanah suci yang telah ditentukan oleh Allah bagimu, dan janganlah kamu berbalik ke belakang (kerana takut kepada musuh), nanti kamu menjadi orang yang rugi. (5:21)

Samuel a.s. juga disebutkan di dalam alQuran ayat 2: 243-248 berkenaan hubungannya dengan Bani Israel selepas kewafatan Musa a.s.

3) Joshua alahissalam

Beliau dikatakan mengetuai Bani Israel menuju ke Baitulmaqdis. Para pentafsir alQuran merujuk Joshua sebagai salah satu dari pemuda berikut:

Berkatalah antara dua orang lelaki diantara mereka yang bertaqwa, yang telah diberi nikmat oleh Allah,”Serbulah mereka melalui pintu gerbang (negeri) itu. Jika kamu memasukinya nescaya kamu akan menang. Dan bertawakallah kamu hanya kepada Allah, jika kamu orang-orang yang beriman.” (5: 23)

4) Sulaiman alaihissalam

500 tahun kemudian, telah tertubuhnya kerajaan Nabi Sulaiman yang hebat kurniaan Allah kepada Bani Israel. Allah merujuk tanah Baitulmaqdis itu dengan berfirman:

Dan (Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang Kami beri berkah padanya. Dan Kami Maha Mengetahui Segala Sesuatu. (21: 81)

5) Muhammad sallallahu alaihi wasallam (saw)

Peristiwa perjalanan baginda dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa diceritakan melalui

Mahasuci (Allah), yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat. (17: 1)

Caturan Allah untuk ummat Muhammad (saw) jauh melangkaui akal manusia. Allah menceritakan kisah perjalanan Muhammad (saw) dahulu sebelum menceritakan kisah kemungkaran Bani Israel di dalam Surah alIsra’.Ia menandakan bahawa Allah sudah ada rancangan untuk ummat Muhammad (saw). Masa depan kita sebagai ummat Islam hanya diyakini oleh hamba-hambaNya yang beriman kepada Allah dan RasulNya. Mahukah kita menjadi paserta dalam rancangan Allah ini atau dilepaskan sahaja peluang untuk mencapai kejayaan yang pasti? Wallahu a’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: