March 5, 2011

Gambaran Keadaan Manusia Berdosa di Padang Mahsyar

by 2000N

Sekadar renungan bersama, moga ianya menjadi peringatan bagi kita yang sering lalai dan lupa.

Gambaran manusia yg berdosa di Padang Mahsyar

1. Suka menabur fitnah sesama manusia
Berwajah Kera

2. Suka memberi & menerima rasuah
Berwajah Khinzir

3. Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman
Buta Kedua Belah Mata

4. Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang lain .
Pekak Dan Bisu

5. Golongan yang berilmu & mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri tidak sama dengan apa yang dikatakannya .
Tubuh Yang Mengalir Nanah & Darah Yang Amat Busuk Serta Menikam Lidahnya Berkali-Kali

6. Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran
Badannya Luka Seperti Dihiris

7. Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan
Berjalan Terhuyung Hayang Seperti Cacat

8. Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid
Berjalan Seperti Mabuk

9. Orang-orang pemakan riba
Rupa Badannya Seperti Khinzir

10. Suka menyakiti @ menyusahkan jiran sekeliling
Tidak Bertangan dan Tidak Berkaki

11. Suka mempermudahkan solat & lalai dalam solatnya hingga sering terlupa rukun
Wajah dan Badan Seakan Khinzir

12. Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap perniagaan & lain-lain zakat
Perut Dipenuhi Ular dan Kalajengking Yang Sering Menyengatnya

13. Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi
Badannya Sangat Busuk Seperti Bau Bangkai

14. Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah
Tidak Berlidah Dan Darah Yang Amat Busuk Mengalir Dari Mulut

15. Suka melakukan zina
Berjalan Kaki Keatas Dan Kepala Kebawah, Darah Dan Nanah Sentiasa Mengalir Dari Kemaluan

16. Suka makan harta anak yatim
Muka Hitam Dan Perutnya Dipenuhi Api

17. Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya
Kulit Dipenuhi Penyakit Sopak Dan Kudis

18. Orang yang suka minum arak @ segala jenis benda yang menghayalkan seperti dadah dan lain2.
Giginya Seperti Tanduk Lembu, Lidah Terjelir Hingga Keperut, Najis & Air Kencingnya Sentiasa Menagalir Keluar Dari Kemaluan

Wallahu a’lam

 

Advertisements
February 18, 2011

Bukan Islam Boleh Jadi Ahli Penuh PAS -Rachid Ghanouci, Tunisia

by 2000N

Oleh Subky Latif

SELAMA 22 tahun Rachid Ghanouci menjadi pelarian Tunisia yang berkelana di England. Selepas lebih seminggu Presiden Zaine al Abidene Ben Ali digulingkan oleh tunjuk perasaan rakyat Tunisia, pemimpin gerakan Islam, Annahdah ini pun pulang ke tanahairnya.Beribu-ribu penyokongnya menyambut kepulangannya, antaranya gadis-gadis yang tidak pernah melihat wajahnya, mereka sekadar mendengar namanya. Malah ada yang lahir setelah Syeih Rachid (Rasyid) lari meninggalkan negaranya.

Mereka berdahuluan datang ke lapangan terbang untuk menyambutnya dan mereka amat gembira dapat melihat wajah pemimpin itu buat pertama kali.

Parti Islam yang dipimpinnya adalah rangkaian gerakan Ikhwanul Muslimun di negara Islam Afrika utara itu. Samalah seperti kebanyakan pemimpin gerakan Islam di negara-negara terpaksa melarikan diri dari buruan pemimpin kerajaan masing-masing.

Mana yang tidak sempat melarikan diri akan ditahan, diseksa malah ada yang hilang tidak dengar khabar hingga akhirnya.

Rachid Ghanouci terpaksa meninggalkan kaum kerabat, pengikut dan penyokong untuk meneruskan jihad di luar negara. Sama lamanya Rachid berada di England dengan lama pemerintahan kejam Zaine al Abidene di Tunisia.

Tuan Rachid tidak sekadar menjadi pemimpin Islam negaranya, tetapi beliau boleh dilihat sebagai seorang pemimpin yang hatinya begitu dekat dengan PAS yang menjadi rangkaian gerakan Islam di Malaysia. Hubungannya dengan pemimpin PAS seperti Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang amat rapat.

Para pemimpin PAS sering bertemu dengannya bagi bertukar maklumat bagi meneruskan perjuangan dakwah dan politik di peringkat antarabangsa dan di negara masing-masing.

Ketika PAS mula memperkenalkan dakwahnya kepada masyarakat bukan Islam, pimpinan PAS yang diketuai oleh Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor telah mendapatkan pandangan rakan-rakan gerakan dari negara-negara lain mengenai pendekatan yang wajar dibuat bagi mendekati masyarakat bukan Islam.

Satu pertemuan telah diadakan di London dan Rachid Ghanouci adalah antara tokoh yang memberi pandangan positif untuk membawa masyarakat Islam sebagai ahli PAS.

Pandangan betapa masyarakat bukan Islam yang menjadi rakyat di Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia perlu diambil kira oleh PAS yang menjadi sebuah parti politik Islam negara ini. Pandangan itu telah dibuat seawal PAS ditubuhkan disebutkan oleh pengasasnya Haji Ahmad Fuad Hassan.

Kemudian Prof. Zulkifli Mohamad pernah mencadangkan kepada muktamar parti untuk menerima mayarakat bukan Islam sebagai ahli bersekutu. Prof. Zulkifli dikira telah mendahului zamannya. Cadangan itu dibuat ketika majoriti perwakilan belum merasakan masanya telah sampai.

Perbincangan timbul semula apabila PAS cuba memperkenalkan perjuangannya kepada masyarakat bukan Islam sekitar tahun 1985, berikut terbentukkan CCC, parti kumpulan masyarakat Cina yang menyokong PAS.

Perbincangan terus dibuat dari sudut politik dan tuntutan syariyah. Hidup semula cadangan menerima mereka sebagai ahli bersekutu.

Al-Marhum Ustaz Fadzil suka mengambil langkah yang cermat. Sebelum sebarang langkah dibuat, PAS perlu mendengar pandangan rakan-rakan gerakan Islam di negara-negara lain.

Dalam pertemuan di London yang dihadiri sama oleh pemimpin Islam Tunisia itu, rakan-rakan gerakan Islam serata dunia berpandangan betapa pentingnya PAS menyelaraskan perjuangan Islamnya dengan masyarakat majmuk di Malaysia. Tidak dibantah lagi betapa PAS wajar disertai oleh orang bukan Islam.

Amat menasabah langkah membuka pintu bagi menerima mereka sebagai ahli bersekutu.

Ketika itu Rachid menyatakan pandangannya, mengapa sekadar menerima mereka sebagai ahli bersekutu? Mengapa tidak menjadi ahli penuh?

Dari segi politiknya ia adalah positif. Tetapi bagaimana dari segi hukum.

Lontaran Rachid itu merumuskan betapa hukumnya harus menerima bukan Islam sebagai anggota penuh PAS. Setiap yang harus boleh dilaksanakan dan boleh tidak dilaksanakan.

Para ulama PAS mengambil masa membincangkannya. Langkah pertama membentuk Kelab Penyokong PAS dulu. Setelah melihatnya begitu positif, maka dua tahun lalu PAS mula mengkaji meminda perlembagaannya dan sekarang terbentuklah Dewan Perhimpunan Penyokong PAS yang mengumpulkan ahli PAS dari kalangan bukan Islam dan ada perwakilannya dalam Muktamar PAS.

Apapun perkembangan dalam PAS Rachid Ghanouci yang baru pulang dari London ke Tunisia adalah salah seorang yang telah menumbangkan batu besar bagi melengkapkan PAS sebagai gerakan Islam yang merangkumkan masyarakat bukan Islam di dalamnya. Samalah pentingnya dengan pandangan yang diberi oleh Haji Ahmad Fuad dan Prof. Zulkifli Mohamad dulu. (Harakah)

February 16, 2011

Erti Maulidurrasul Dari Abuyah Untuk Kami

by saitusaya

Assalamualaikum wbt.

 

Luahan hari seorang anak perempuan yang solehah tentang abuyahnya yang sudah kembali menghadap Illahi. Ilmu yang ditinggalkan cukup besar. Hayati luahan ini yang mungkin buatkan kita tersedar sejauh mana amalan kita untuk menghadapNya. Mampukah kita mendidik anak-anak kita seperti Abuyah ini mendidik anak-anaknya?

 

Setiap hari sebelum msuk asrama, setiap hari kalau kami balik dari asrama, atau kami telefon rumah, atau arwah abuyah melawat kami di asrama, setiap kali itulah pesanan yg sama akan keluar dari mulutnya, tak pernah tukar ayat (sampai dulu-dulu masa kecil kami bosan dan pernah terpikir, tak ada pesanan lain ke, tapi bila dah besar, baru kami sedar betapa pesanannya itu sentiasa membimbing langkah kami bila dia tiada).

 

“ANAK-ANAK ABUYAH SEMUA.. INGATLAH.. KEJAYAAN KITA YG SEBENAR IALAH APABILA KITA BERJAYA TAAT PERINTAH ALLAH DAN IKUT SUNNAH KEKASIHNYA MUHAMMAD S.A.W.. KITA TAKKAN BAWA RUMAH BESAR, KERETA MEWAH, DUIT MELAMBAK, ATAU SIJIL-SIJIL DALAM KUBUR.. TAPI KITA BAWA AMALAN-AMALAN KITA, SOLAT KITA, ZIKIR KITA, QURAN KITA, SEDEKAH KITA.. MALAIKAT TAKKAN SOAL KITA, BERAPA SPM KAMU, SIAPA IDOLA KAMU, BERAPA GAJI KAMU, BERAPA SIJIL KAMU ADA, BANYAK MANA HARTA KAMU.. TAPI DIA SOAL SOALAN YANG KAMU SEMUA TAHU KAN.. MAN RABBUKA, MAN NABIYYUKA DAN SETERUSNYA.. DAN SIAPA NANTI YANG JAWAB?? AMALAN-AMALAN KITA YG AKAN JAWAB….”

 

Kehidupan kami disusun abuyah dengan indah.. kami bangun seawal 5.30 pagi dengan satu laungan doa yang kuat dari seorang ayah yang berdiri di antara bilik lelaki dan perempuan (alhamdulillahillazii, ahyanaa, ba’damaa, amaatana wa ilaihinnusyur) dan kami dalam keadaan terpisat-pisat wajib mengikut bacaan doa, mata jadi segar sikit, yang tertidur balik confirm kena baling dengan bantal.. huhu (aku pernah kena).. dari no 1-no 9, tiada yang terkecuali, bergilir mengambil wudhu’ dan khidmat diri, mata yang mengantuk terpaksa dibuka, yang dalam bilik air ada yg tersengguk-sengguk ,maklumlah kecil lagi.. budak lain waktu ni tidur lagi, abuyah yang baru saja usai solat sunat tahajjud datang tengok progress, bergerak tak line.. tak gerak ada yang kena sound. “cepat-cepat.. yang dah sudah pergi solat sunat dulu, baca quran ke.. zikir ke..”. kami yang perempuan masuk dapur, jerang air, siapkan bahan breakfast.. bila semua yang lelaki dah keluar pergi masjid baru kami bergilir.. maklumlah lelaki 6org, perempuan 3 ketul jer.. abuyah didik yang lelaki solat berjemaah masjid dari kecil menyebabkan adik-adikku yang lelaki tak pernah solat di rumah.. buyah kata sunnah laki solat di msjid.. hinggakan ada satu kali tu, adikku ting.2, kami terlupa kejut solat asar, menangis depanku.. kerana terlepas solat berjemaah di masjid, walaupun terlewat dia tetap pergi masjid. aku cakap takpe je.. dia kata takleh.. abuyah kata sunnah solat di masjid.. aku sebak mendengarnya..

 

Start 6.30 pagi bermula agenda wajib- ta’lim10 minit. Abuyah sajikan hati-hati kami setiap pagi dengan hadis-hadis nabi dan kisah-kisah sahabat dari kitab fadhail a’mal- krgn maulana zakariya, kemudian mangaji sampai jam 7.20. Yang kecil abuyah ajar.. yang besar abuyah suruh menghafal surah-surah penting.. Abuyah kata, abuyah nak anak-anak dia jadi huffazul quran.. hari cuti kmi menngaji lebih lama.. hingga jam 8.. kadang-kadang nak lari kami buat alasan nak pergi buang air, huhu.. jahatnya dulu.. lepas sarapan, kalau hari sekolah, kami pergi sekolah.. tapi hari cuti paling kami takut-kena tasmi’ surah yang dihafal.. tak dapat kena ROTAN! Rotan panjang sedepa.. mana tak cuak..

Then lepas tasmi’ makan ramai-ramai dalam dulang.. Buyah kata makan dalam dulang sunnah.. Dan berkat..Kami pun makan.. then study.. Abuyah ajar sorang-sorang (kalau buyah tak kerja).. semua subjek buyah boleh ajar.. sampai kami faham.. lepas makan dan solat zohor, kami WAJIB TIDUR SAMPAI ASAR!

 

Lepas solat asar abuyah ajak kami riadah.. buyah main dengan kami.. buyah ajar kami main ping pong, karom, takraw, badminton.. sampai kami besar abuyah still main dengan kami.. bila malam lepas makan, kami ta’lim lagi.. kali ni lebih lama. Dan buyah ajar kami cara hidup Nabi MUHAMMAD S.A.W.. dari bangun tidur sampai tidur balik.. Setiap malam ulang benda yang sama.. kami bosan masa kecik-kecil.. tapi bila besar sikit, kami sedar.. kami hafal apa yang buyah ajar.. dan kami amalkan..

Arwah abuyah kata- “SAMBUTAN MAULIDURRASUL SEPATUTNYA HARI-HARI DALAM KEHIDUPAN KITA.. NABI KAN PERNAH BERKATA BARANGSIAPA YANG MENGHIDUPKAN SUNNAHKU DI AKHIR ZAMAN, MAKA DIA SEOLAH-OLAH MENGHIDUPKAN AKU..”

 

Abuyah ajar kami segala-galanya.. Abuyah pupukkan kami rasa cinta pada nabi.. Abuyah buat kami sedar

“KEJAYAAN YANG SEBENAR ADALAH APABILA KITA BERJAYA TAAT PERINTAH ALLAH DAN IKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W..”

 

Abuyah pergi selepas abuyah selesaikan tugasnya di dunia, mendidik kesembilan-sembilan anaknya dengan sebenar-benar didikan.. Abuyah lahir abuyah dengar azan dan iqamat, abuyah pergi dengan lafaz teragung “LAAILAHAILLALLAH MUHAMMADURRASULULLAH..”- Alhamdulillah.. 16hb ni genap setahun abuyah meninggal.. Tapi abuyah sebenarnya tak pernah tinggalkan kami.. kami takkan biarkan kubur abuyah gelap sikit pun.. sbb kami akan amalkan segala sunnah yang abuyah ajar pada kami.. moga kubur buyah akan menjadi kubur yang paling bercahaya.. amiin..

 

~p/s: buyah. buyah. athiyahkan ada exam syafawi- 30 juzu’ rabu ni.. 16hb.. Dia menangis sebab tarikh dia exam sama dengan tarikh abuyah meninggal.. lemah semangat sikit kot.. Doakn ye yah.. Assalamualaikum abuyah..

 

ALLAHUMMA SOLLI A’LA SAIDINA MUHAMMAD~~

 

–Terkedu seketika–

February 10, 2011

Henti Sambut Valentine Day

by 2000N

Tarikh 14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14 Februari, pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah.

Pasangan-pasangan ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adegan-adegan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.

Saban tahun juga para ulama mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun keladi. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram. Ia adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan juga Kristian.

Sejarah Sambutan Hari Valentine

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine, maka kita akan dapati bahawa terdapat empat pendapat berkaitan dengannya.

Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.

Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.

Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.

Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.

Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).

Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.

Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

– Pendapat keempat. Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

Hukum sambut Valentine

Sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Ini sebagaimana yang firman Allah SWT: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67)

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959).

Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.

Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).

Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.

Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)

February 8, 2011

WikiLeaks: Naib presiden Mesir rapat dengan Israel

by 2000N

Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman dilaporkan mempunyai hubungan rapat dengan tentera Israel dan negara Yahudi itu dikatakan gembira sekiranya beliau dilantik sebagai ketua negara yang baru.

Ia pendedahan menerusi kabel diplomat Amerika Syarikat yang disiarkan akhbar Telegraph, hari ini.

NONEPada 2008, memo diplomatik Amerika yang dibocorkan kepada akhbar di Britain oleh laman sesawang WikiLeaks melaporkan, penasihat kepada kementerian pertahanan Israel, David Hacham, memberitahu pegawai Amerika bahawa rejim Zionis itu menjangkakan Suleiman yang namanya dieja sebagai “Soliman” akan mengambil alih sebagai presiden Mesir.

“Hacham amat menyanjungi Soliman,” kata laporan itu.

“Hacham juga menegaskan bahawa Israel percaya Soliman sekurang-kurangnya akan dilantik sebagai presiden interim sekiranya Mubarak mati atau digulingkan,” katanya.

– AFP

February 3, 2011

Keadaan Mesir Pada Zaman Imam Hasan Al-Banna dan Kelahiran Dakwah Ikhwanul Muslimin

by 2000N

Hasan al-Banna dilahirkan di Mesir pada awal abad 20 Masehi. Dalam suku pertama abad 20 Masehi ini dia telah melancarkan satu gerakan Islam yang besar, yang terkenal dengan nama “Ikhwanul Muslimin”. Hasan al-Banna dan Ikhwanul Muslimin adalah dua nama yang tidak dapat dipisahkan. Begitu bertenaga sekali gerakan tersebut sehingga pengaruhnya bukan saja merebak di Mesir, tetapi telah meresapi seluruh Dunia Arab. Gerakan Ikhwan telah mencetuskan kebangkitan Islam dan roh Islam di Dunia Arab.

Jika kita betul-betul hendak menghargai segala usaha beliau dan memahami peribadinya, maka perlulah kita mengenali suasana (keadaan) dan zaman ketika beliau dilahirkan,  dibesarkan  dan  dididik.  Disamping  itu,  kita  juga  perlu  mengetahui cabaran-cabaran dalaman dan antarabangsa yang sedang mengancam Mesir ketika Imam Hasan al-Banna dilahirkan. Sekarang kita akan mengkaji zaman ketika beliau dilahirkan dan peranan besar yang dimainkan olehnya.

Gerakan Pembebasan – Terbahagi kepada dua kumpulan besar.

Pemberontakan Airabi Pasya gagal pada tahun 1833 Masehi. Kegagalan ini merupakan satu malapetaka politik yang besar bagi Mesir. Peristiwa tersebut menimbulkan ketakutan dan kekecewaan diseluruh negara Mesir. Lantaran itu, Mesir dilanda pertikaian disegi akhlak dan kefahaman (ideologi). Orang ramai berasa takut bila nama gerakan pembaharuan atau politik disebut. Keadaan ini berlarutan sehingga permulaan abad 20 Masehi. Akhirnya sebuah pertubuhan belia Mesir telah ditubuhkan untuk memupuk kesedaran kepada rakyat Mesir. Mereka melancarkan gerakan menentang British. Para pemuda ini tergolong ke dalam dua kumpulan. Kumpulan pertama memiliki semangat Islam. Kumpulan yang kedua pula inenggunakan cara yang agak baru dan berlainan. Cogan kata mereka ialah “Kebangsaan Mesir”. Dasar perjuangan kumpulan kedua ini bertentangan dengan kumpulan pertaina yang berlandaskan nilai-nilai Islam serta menyebelahi Kerajaan Turki Bani Othmaniah.

Kumpulan Pertama

Kumpulan pertama cintakan Islam dan tanah air. Kumpulan ini diwakili oleh pertubuhan “Al Hizbul Watani” yang dipirnpin oleh Mustaffa Kamal, seorang yang bijak bersyarah. Beliau memupuk semangat kebangsaan yang berdasarkan Islam di hati orang orang Mesir. Beliau tidak menganggap agama dan semangat kebangsaan itu bertentangan antara satu sama lain.

Cogan katanya ialah “Agama (Deen) dan tanah air   adalah   saudara   kembar   yang   tidak   boleh   dipisahkan.”   Kumpulan   ini membayangkan kecintaan mereka kepada tanah air umparna seorang kekasih memuji orang yang dicintainya. Inilah yang dibayangkan oleh penyair terkenal, Ghayati dan Muharram melalui syair-syair mereka. Di antara pernimpin-pemimpin kumpulan ini ialah  dua  orang  ulama’  yang  bernama  Muhammad  Farid  Wajdi  dan  Abdul  Aziz Jawesh. Kegiatan kumpulan ini telah menimbulkan kebimbangan dipihak penjajah British dan Raja Mesir. Muhammad Farid Wajdi dan Abdul Aziz Jawesh telah dipenjarakan kerana menulis huraian mengenai kumpulan syair karya Ghayati.

Kumpulan Kedua

Kumpulan kedua terdiri daripada para pejuang fahaman kebangsaan yang mulhid (atheis). Dasar perjuangan mereka bertentangan dengan dasar perpaduan dan persaudaraan Islam. Golongan ini tidak suka orang ramai mencorakkan kehidupan mereka menurut dasar-dasar Islam. Kumpulan ini menegakkan fahaman kebangsaan Mesir.   Fahaman   kebangsaan   mereka   adalah   salah   kerana   mereka   menjaga kepentingan negara mereka saja tanpa mempedulikan segala masalah yang menimpa Negara-negara Islam yang lain. Mereka menyungkil kembali ciri-ciri sejarah Mesir kuno untuk memperkukuhkan fahaman kebangsaan mereka tadi. Bahkan mereka mengaitkan sejarah mereka dengan sejarah para Firaun. Mereka menganggap perjuangan menegakkan fahaman kebangsaan Mesir adalah satu perjuangan yang baik walaupun terpaksa mengorbankan kepentingan-kepentingan lain. Walaupun kumpulan ini bersatu atas dasar fahaman kebangsaan Mesir, tetapi sebenamya mereka berpecah pula kepada dua ranting berdasarkan kepada perbezaan pemikiran dan pendapat.

Ranting Pertama

Ranting pertama ini diketuai oleh akhbar “Al Muqattam” yang selalu menyokong pendapat pihak British. Ia menimba pendapat daripada Gabenor British di Mesir, Lord Cromer. Sebenarnya, pihak Britishlah yang memainkan peranan penting dalam menyebarkan fahaman kebangsaan Mesir. Mereka ingin memisahkan rakyat Mesir dari Dunia Islam. Pihak British suka rakyat Mesir memelihara kepentingan Mesir sahaja tanpa mempedulikan saudara se Islam mereka di Semenanjung Arab, Turki, Iran dan Asia. Sebahagian daripada komplot British ialah memutuskan hubungan di antara orang orang Arab dan orang orang Turki; juga memecahbelahkan orang-orang Arab kepada kumpulan-kumpulan yang bertentangan antara satu sama lain.

Di dalam akhbar Al-Muqattam ada ditulis:

‘Orang orang British yang tinggal di Mesir ingin membawa kebaikan kepada rakyat Mesir. Mereka ingin membebaskan rakyat Mesir daripada kekejaman pentadbiran sekarang. Mereka ingin rakyat Mesir menikmati keamanan dan keadilan. Mereka patut dihargai kerana menyelamatkan Mesir daripada masalah (kemelut) ekonomi dengan memberinya satu corak (sistem) ekonomi yang seimbang.’

Sebuah majalah yang bernama ‘Al-Muqattaf’ juga turut memberi bantuan dalam usaha ini. Ramai juga para pemuda Mesir yang dipengaruhinya. Mereka ini turut mernuji Gabenor British (Lord Cromer).

Rakyat Mesir yang menentang Aq Mudattaf dan Al-Muqattam dituduh menyokong Turki. Seorang ulama’ besar seperti Muhammad Abduh pun menyokong Gabenor British itu. Satu kenyataan yang tidak dapat  dinafikan  ialah  bahawa  para  penyokong  Al-Muqattam  dan  Al-Muqattaf memang tidak ikhlas kepada tanah air mereka sendiri. Mereka hanya ingin melayani kepentingan diri mereka sahaia. Akhirnya orang-orang yang tamak ini menubuhkan satu pertubuhan mereka sendiri yang mereka namakan ‘Al-Hizbul Watani Al-Hura’. Tujuan  pertubuhan  ini  ialah  menentang  Al-Hizbul  Watani  yang  dipimpin  oleh Mustaffa Kamal.

Ranting Kedua

Ranting kedua golongan kebangsaan ini terdiri daripada Hizbul Ummah. Ia mewakili golongan pemerintah Mesir dan tuan-tuan tanah. di Mesir. Golongan ini menganggap kuasa sebenar negara Mesir berada ditangan Gabenor British, Lord Cromer. Mereka berpendapat dia mesti disokong dan bukannya ditentang. Hizbul Ummah ditubuhkan pada tahun 1907 Masehi dibawah pimpinan Mahmood Sulaiman Pasya. Kesemua pasya-pasya (ketua ketua atau para pemerintah) dan tuan-tuan tanah ini bersifat tamak dan selalu membuat perancangan yang memenuhi kepentingan mereka. Beberapa orang cendekiawan yang rakus dan curang seperti Lutfi as-Syed telah memasuki kumpulan ini. Akhbar ‘Al-Jaridah’ menjadi lidah rasmi mereka.

Golongan pemerintah Mesir dan tuan-tuan tanah memasuki Hizbul Ummah untuk mendapat keuntungan duniawi tetapi para cendekiawan seperti Lutfi as-Syed dan ahli-ahli falsafah lain mewakili fahaman kebangsaan Mesir. Mereka ini berpegang kepada pendirian dan fahaman politik tertentu. Mereka menyokong dasar kebebasan berfikir, dasar kerjasama dengm British dan dasar menurut secara membuta tuli segala corak hidup orang Eropah. Mereka ingin Mesir mencontohi Eropah dari segi kebudayaan, ekonomi dan politik.

Lutfi as Syed menulis:

‘Negara Mesir inginkan keamanan. Negara Mesir sayangkan rakyat British. Walaupun  dari  segi  undang-undang,  kerajaan  Mesir  berada  ditangan  Raja  Mesir, tetapi dari segi amalinya, Mesir diperintah oleh Gabenor Lord Cromer. Sudah sampai masanya  kedua  kuasa  ini  dipusatkan.  Ini  bermakna  kerajaan  yang  sah  dari  segi undang-undang itu diserahkan kepada Gabenor British.’

Mereka ini menentang cara hidup Islam. Salah seorang pemimpin mereka, Abdul Hamid az-Zahrawi, telah menulis di dalam akhbar Al-Jaridah:

“Perpaduan umat Islam berakhir setelah Saidina Umar Al-Khattab meninggal dunia. Perpaduan umat Islam juga berakhir setelah Saidina Ali bin Abi Talib syahid. Mengapakah sekarang hendak ditegakkan perpaduan yang telah musnah seribu tiga ratus tahun dahulu?”

Pertelingkaban antara dua kumpulan besar.

Pertentangan berlaku di antara Al-Hizbul Watani pimpinan Mustaffa Kamal, Farid Wajdi dan Abdul Aziz Jawesh dengan kumpulan-kumpulan lain yang berbagai corak itu. Al-Hizbul Watani Al-Hurra memperjuangkan kepentingannya dengan bantuan Al-Muqattam dan Al-Muqattaf. Hizbul Ummah pula meneruskan usahanya untuk mencapai keuntungan duniawi dengan bantuan Al-Jariyah. Muhammad Abduh sedang menjalankan usahanya untuk membaratkan seluruh Mesir. Terdapat perbezaan antara dua gerakan yang bertentangan ini. Pendekatan Al-Hizbul Watani dan Mustaffa Kamal lebih berlandaskan perasaan. Pendekatan Al-Hizbul Ummah, Lutfi as-Syed dan Al-Hizbul Watani Al-Hurra pula berlandaskan akal fikiran. Mereka ini berusaha menyerapkan fahaman Liberalisme (kebebasan individu yang tidak terbatas dan mengenepikan hak serta kepentingan) dan fahaman kebendaan ke dalam jiwa para pemuda Mesir.

Mustaffa Kamal dan akhbarnya A-Liwa’ telah mengecam hebat para penentangnya. Beliau memperjuangkan fahaman kebangsaan yang berdasarkan Islam dan ingin meletakkan seluruh Dunia Islam di bawah satu bendera Islam saja. Beliau mengisytiharkan bahawa Perjanjian Turki dan Mesir pada tahun 1840 haruslah dihormati. Perjanjian tersebut menjamin kebebasan dalam negara Mesir di bawah naungan

kerajaan Turki. Menurut perjanjian itu, Mesir perlu membayar cukai kepada Turki dan Turki pula akan melantik para hakim untuk Mesir. Hizbul Ummah dan Hizbul Watani Al-Hurra menuduh Mustaffa Kamal cuba menghancurkan cengkaman British ke atas Mesir dan menegakkan kekuasaan Turki yang sepenuhnya di Mesir. Untuk mengukuhkan pendapat ini Al-Muqattam menerbitkan makalah-makalah yang memaparkan Turki sebagai penindas dan British pula sebagai pihak yang adil.

Mustaffa Kamal tidak memisahkan kebangsaan daripada Deen (agama). Katanya, jika seorang British boleh memperjuangkan kebangsaan disamping mazhab Protestannya, maka seorang Mesir juga boleh menjadi seorang muslim dan seorang pejuang kebangsaan pada masa yang sama.

Peranan British.

Pihak  British  sedang  berusaha  melemahkan  semangat  Islam dan  pengaruh kerajaan Turki Bani Othmaniah yang menguasai rakyat Mesir. Pihak British menyokong setiap orang yang mengecam Khalifah orang Islam (yakni Sultan Turki) atau menentang Raja Mesir. Mereka juga menyokong setiap orang yang menyebelahi mereka dan inginkan pembaharuan dalam negeri saja. Kerana itulah, Mustaffa Kamal ingin pihak British keluar dari Mesir. Pihak British menyokong ‘Gerakan Khalifah Arab’ yang dipelopori oleh Syarif Hussin di Mekah kerana ini boleh melemahkan kedudukan Khalifah orang Islam di Turki. Pihak British mengalu-alukan kedatangan para anggota gerakan ‘Turkiya Al-Fatat’ dan gerakan ‘Anjuman Ittihadi wa Taraqqi’ yang telah meninggalkan Turki untuk menetap di Mesir. Para anggota gerakan- gerakan tersebut menerbitkan akhbar mereka sendiri yang mengecam Sultan Abdul Hamid Turki. Apabila baginda menulis surat kepada Raja Abbas Mesir memintanya menghantar pulang orang-orang yang lari dari Turki itu, Lord Cromer campurtangan dan menahan Raja Abbas daripada berbuat demikian.

Apabila hubungan antara Muhammad  Abduh  dan  Raja  Abbas  Mesir  menjadi  tegang,  Lord  Cromer  telah memberi sokongan kepada Muhammad Abduh. Lantaran sokongan ini, Muhammad Abduh dapat mengekalkan kedudukannya walaupun ditentang oleh Raja Abbas. Pihak British juga menyokong rakan-rakan Muhammad Abduh seperti Mustaffa Fahmi, Riyaz  Pasya,  Sa’ad  Zaghlol,  Fatahi  Zaghlol  dan QasimAmin  kerana  mereka  ini menentang Raja Mesir dan inginkan pembaharuan dalam negeri saja.

Insyaallah bersambung…..

January 29, 2011

Kajian CIA Dalam Menghadapi Kebangkitan Islam

by 2000N

Sebuah buku kajian CIA yg dkeluarkan oleh agensi National Security Research Division (RAND) yg btajuk Civil Democratic Islam: Partners, Resources, Strategies  menunjukkan betapa telitinya si kafir barat dalam menghadapi kebangkitn Islam.

Sebagai pendahuluan, penulis buku tersebut secara terang-terangan menyatakan bahawa musuh utama dunia(US) adalah Islam yg menyebabkan kpd perubhn Ideologi baru. Buku ini secara ringkasnya membahagikan kpd 4 golongan umat Islam yg berbeza penerimaannya terhadap idea-idea barat dan strategi kpd setiap golongan ini juga berbeza.

1. Golongan pertama – golongan fundamentalis

  • Musuh US yang tidak boleh bertolak-ansur
  • Menolak demokrasi, hak asasi manusia dan seluruh nilai-nilai barat
  • Mereka secara spesifik merujuk kepada gerakan yang menolak sama sekali nilai barat seperti demkorasi
  • Menuju menegakkan khilafah

2. Golongan kedua – golongan tradisionalis

  • Lebih menumpukan soal kerohanian dan keilmuan
  • Walaupun ada yang terlibat dengan politik, tetapi pemikiran mereka lebih tertumpu soal kerohanian

3. Golongan ketiga – golongan modenis

  • Golongan modenis ini mereka mahu melihat Islam menjadi sebahagian dari kemajuan global
  • Mereka memberi nafas Islam bagi nilai-nilai barat seperti demokrasi, hak asasi manusia, perekonomian dan nilai-nilai lain.
  • Ia merujuk kepada sesetengah ulama’ dan pemikir Islam hari ini.

4. Golongan keempat – golongan sekular

  • Telah mengikut acuan barat termasuk pemerintah yang ada dan tokoh-tokoh pemikir mereka.
  • Jika diperhati,mereka menggolongkan umat Islam kpd nilai-nilai barat. Dari sini mereka menggunakan strategi yg berbeza untuk menghalang kebangkitan umat. Kita jgn terperangkan dalam pengklasifikasi ini. Mereka mengklaskn umat mengikut sesuka hati mereka mengikut kepentingan mereka. Mereka menamakan golongan ini mengikut sesuka hati mereka,akan tetapi jgnlah kita terpedaya pada nama rekaan mereka.

Strategi barat untuk mencari ‘partner’:-

  • Dalam perenggan yang pertama digariskan bahawa, mempromosi demokrasi dalam dunia Islam dan membantu perlaksanaannya adalah suatu tindakan jangka panjang untuk usaha menentang kebangkitan Islam.
  • mereka menegaskan bahawa sokongan yang sekian lama diberikan kepada golongan sekular, golongan pemerintah dan pemikir sekular bukan lagi tindakan yang semestinya tepat untuk keadaan geopolitik hari ini.
  • Ini kerana, kebanyakan orang Islam sudah menyedari golongan ini dan tidak menjadikan mereka sebagai rujukan dalam masalah politik mahupun agama.
  • RAND mencadangkan untuk memberi sokongan, peluang-peluang muncul di akhbar, ruang untuk berpolitik melalui NGO dan penonjolan bagi golongan Islam yang modenis.
  • Ini kerana golongan modenis mereka walaupun tidak menerima demokrasi barat sepenuhnya, tetapi mereka masih tetap menerima demokrasi cuma dalam kerangka yang mereka anggap Islami.
  • Maka mereka perlu diberikan peluang bergeraka dalam politik demokrasi dan sokongan atas-atas tekanan golongan sekular terhadap mereka.
  • Pemimpin dan tokoh-tokoh golongan Islam modenis perlu diberi penghormatan dan pengiktirafan.
  • Manakala golongan tradisionalis, mereka kurang membahaskan masalah politik.
  • Maka kebiasaannya golongan tradisionalis tidak mempunyai pandangan yang khusus tentang demokrasi dan konsep politik lain.
  • Maka golongan ini perlu digunakan untuk menyerang pandangan golongan fundamentalis yang menolak nilai barat secara keseluruhan.
  • Ia dengan cara memberikan ruang kepada ulama’ seperti ini mengalihkan pandangan ummat, dan menimbulkan keraguan ummat terhadap golongan fundamentalis.
  • Ini kerana golongan tradisionalis biasa mempunyai pengaruh yang kuat dalam ummat, menguasai madrasah-madrasah dan institusi pendidikan tradisional.
  • Manakala bagi ulama’ tradisionalis yang boleh menerima nilai barat walau secara selektif, mereka ini wajar diberi ruang untuk kedepan.
  • Maka dengan ini nilai-nilai barat seperti demokrasi, hak asasi manusia, pengagihan kuasa, perundangan dan ekonomi boleh disemai dalam pemikiran ummat Islam.
  • Dalam masalah demokrasi dan penerimaan nilai barat, golongan fundamentalis digariskan RAND sebagai musuh utama yang tidak boleh dikompromi dan sememangnya tidak boleh dibawa berkompromi.

 

Musuh Islam iaitu Barat menghasut umat Islam agar bermusuhan sesama sendiri dengan menjadikan musuh utama barat (golongan fundamentalis) sebagai musuh utama umat Islam yg lain.

Strategi-strategi menghadapi golongan-golongan ini, baik samada berkawan dengan golongan ini, mengadu-domba mereka agar berseteru mahupun secara langsung menyerang mereka.

1. Golongan sekular

  • Sokongan kepada kerajaan sekular hanya diberi berdasarkan kes per kes basis.
  • Ini kerana, banyak kerajaan sekular yang bersifat nasionalis hingga mengabaikan kepentingan US. Oleh itu, sokongan kepada mereka bergantung kes per kes basis.

2. Golongan Islam modenis

  • Golongan Islam modenis hendaklah diberi peluang dan sokongan politik, memberi pandangan Islam kontemporari.
  • Ini kerana golongan Islam modenis hari ini telah dapat menarik sokongan rakyat berbanding pemerintah sekular.
  • Sokongan kepada golongan Islam modenis ini boleh diberi secara langsung atau tidak secara langsung selagi dapat dipastikan kepercayaan ummat tidak terhakis.

3. Golongan Islam tradisionalis

  • Bagi golongan tradisionalis, ulama’-ulama’ mereka perlu digunakan untuk menyerang golongan fundamentalis.
  • Ini merupakan golongan yang terbaik yang perlu digunakan untuk menyerang fundamentalis kerana golongan ini mempunyai kemuliaan yang tinggi dikacamata ummat.
  • Keupayaan mereka membahas agama perlu digunakan, untuk menyerang pemikiran-pemikiran politik golongan fundamentalis.
  • Secara spesifik disebut, bahawa golongan tradisionalis ini wajar disokong untuk mewujudkan perseteruan sesame Islam dan secara spesifik disebut mereka ini wajar diberi dana untuk membina sekolah-sekolah untuk menyebarkan fahaman mereka.
  • Secara jelas diberitahu, segala kerjasama antara golongan tradisionalis dengan golongan fundamentalisme mestilah dihalang dan sepatutnya diwujudkan permusuhan sesame mereka.

4. Golongan Islam Fundamentalis

  • Bagi menghadapi golongan yang mereka labelkan sebagai fundamentalis, digariskan agar jangan memberi promosi, serang nilai-nilai yang dibawa, hilangkan kepercayaan ummat kepada mereka
  • Wujudkan gambaran mereka ekstrimis dan tidak mampu membawa kemakmuran.
  • Tidak ada sikap lain kepada golongan fundamentalis kecuali menentang dan menghancurkan mereka.

Itulah ringkasan apa yang digariskan oleh RAND untuk US menghadapi kebangkitan Islam. Mereka melabelkan kita, untuk memudahkan mereka menentang kebangkitan Islam, walhal hakikatnya tidak begitu. Kita semua bukan fundamentalis, tradisionalis, modenis atau sekular. Cuma RAND mengklasifikasikan kita mengikut sejauh mana penerimaan kita terhadap nilai-nilai US dan dari situ diatur strategi yang berbeza. Saya yakin ramai ummat Islam yang ikhlas berjuang tidak menyedari hal ini dan tidak sedar mereka bergerak dalam acuan yang sememangnya diatur oleh CIA. Inilah pentingnya ummat Islam terutama gerakan-gerakan Islam mempunyai kesedaran politik yang sangat jernih lagi tajam. Semoga ia membuka minda politik kita untuk melihat dunia dengan kacamaata politik Islam agar dengan itu kita dapat bergerak menuju kebangkitan Islam.

January 17, 2011

Perpecahan Dalam Ikhwanul Muslimin Era al Hudaybi: Cerminan Kepada PAS

by 2000N

Oleh Abu Muhammad

Seperti yang kita tahu, Mursyidul Aam kedua Ikhwanul Muslimin, Imam Hassan al Hudaybi merupakan insan yang istimewa apabila beliau dididik khusus oleh al Banna. Hubungan baiknya dengan Ikhwan bermula pada tahun 1942. Hanya pimpinan utama sahaja yang mengetahui keanggotaan beliau dalam Ikhwan. Semasa Ikhwan diharamkan, beliau menyerahkan diri, harta, keluarga, jawatan beliau untuk dakwah. Beliau adalah satu-satu ahli daripada sektor kehakiman yang gigih membebaskan Ikhwan daripada tuduhan palsu.

Setelah al banna shahid, Dewan Pendiri telah memilih al Hudaybi sebagai Mursyidul Aam daripada beberapa calon yang dicalonkan. Pada mulanya, pelantikkan beliau diterima oleh ahli senior kerana dianggap kompromi sementara. Al Hudaybi menjalankan tugas sebagai Mursyidul Aam Ikhwan secara rahsia selama 6 bulan pada masa beliau masih menjalankan tugas dalam Jabatan Kehakiman. Ketika Nahhas Pasha mengizinkan Ikhwanul Muslimin dihidupkan kembali, Dewan Pendiri Ikhwan meminta al Hudaybi bertemu pemerintah atas kapasiti Muryidul Aam. Tetapi beliau menolak atas alasan keputusan tersebut dilakukan oleh Dewan Pendiri yang belum disahkan oleh anggota Ikhwan. Beliau juga menolak jawatan Mursyidul Aam.

Utusan-utusan dari seluruh wilayah Mesir bergilir-gilir datang ke rumah al Hudaybi mendesak beliau menerima jawatan Mursyidul Aam. Akibat desakan ini, beliau sanggup memegang amanah ini dan meletak jawatan sebagai hakim. Tanggal 17 Oktober 1951, Imam Hassan al Hudaybi dirasmikan sebagai Mursyidul Aam kedua Ikhwanul Muslimin.

Kebencian Peribadi
Pelantikkan al hudaybi secara rasmi mengundang perasaan tidak puas hati dalam kalangan pimpinan senior. Pelantikkan ini melangkaui beberapa pimpinan senior seperti Saleh Asmawi dan Abdul Rahman al Banna. Abdul Rahman al Banna bukan sahaja adik al Banna tetapi beliau adalah Ketua Pertubuhan Kebudayaan Islam di Kaherah yang memberi laluan agar Ikhwanul Muslimin bergabung dengan pertubuhannya, menggunakan kemudahan prasarana dan laluan kepada Imam Hassan al Banna sebagai ketua pertubuhan yang dinamakan Ikhwanul Muslimin.

Jasa, penderitaan, dedikasi, pengorbanan, istiqamah dan kesetiaan para senior terhadap al Banna dan jemaah tidak akan dipersoalkan. Peningkatan mendadak al Hudaybi menimbulkan kekecewaan dan kemarahan mereka kerana melangkaui autoriti mereka sebagai pimpinan senior dan berjasa. Kemarahan ini berkembang menjadi kebencian peribadi yang cukup tajam dan seringkali mewujudkan kubu-kubu tertentu dalam jemaah.

Dalam PAS, perkataan ABIM, wala’, tsiqah, IRC, PAS Terengganu dan terbaru Kerajaan Perpaduan menjadi fobia pada sesetengah orang. Kebetulan sungguh apabila PAS seakan-akan dikuasai oleh puak ABIM dan Puak PAS Terengganu. Kedua-dua puak ini menjadi ‘hantu’ kepada golongan berkepentingan, senior berhati batu dan anak muda yang buta sejarah, sementelahan yang masih belum merasai ‘betina’(seperti diucapkan oleh Rahim Kajai kepada Samad Ismail) lagi. Perlu kita ingat, Puak ABIM dan Puak PAS Terengganu antara tenaga penting dalam mencetuskan revolusi kepimpinan ulama dalam PAS. Dan paling penting, mereka telah dilantik dalam muktamar.

Dato Mustafa Ali seorang pimpinan muda PAS(walaupun seteruk mana beliau, secara peribadi penulis tidak mengemari beliau), pernah menjawat penting(setiausaha atau timbalan menteri, saya lupa) dalam kementerian semasa PAS dalam BN. Beliau penuh pengalaman dan kesetiaan kepada jemaah serta telah kalis dengan politik berbanding kita yang belum berbapa lagi pada ketika itu. Dato Abu Bakar Chik, penggerak utama kepada sistem pendidikan PAS. TGHH, tokoh pemuda yang menggerakkan semangat anak muda untuk mendaulatkan Islam. Mereka adalah pimpinan utama PAS Terengganu sekarang.
Saya lihat terdapat kebencian peribadi terhadap pimpinan PAS tertentu. Ia datang daripada sekelompok pemimpin senior yang menaungi segelintir anak muda yang bersemangat. Pengaruh kelompok ini popular kerana mereka menguasai media alternatif tetapi ia bukanlah suara majoriti ahli PAS.

Roh Cinta dan Persaudaraan.
Krisis ini berlaku apabila roh cinta dan persaudaraan sesama pimpinan dan anggota semakin berkurangan. Kepimpinan Ikhwan berpecah tiga iaitu grup anti al Hudaybi, grup pro al Hudaybi dan grup neutral. Dalam PAS, pelbagai kubu muncul seperti kubu pro siasah, pro ulama dan pro tokoh-tokoh tertentu.

Grup-grup dalam PAS akan muncul kembali apabila musim muktamar pemilihan diadakan. Penggunaan media untuk melakukan pelabelan dan kritikan terbuka bukan sahaja menjatuhkan imej tokoh tetapi juga imej parti. Saleh Asmawi pernah menggunakan Majalah Dakwah untuk menghentam al Hudaybi. Masyarakat awam membaca dan menilai buruk jemaah dan pimpinan. Kenapa para mediawan PAS tidak memikirkan impak ini dan berkhayal untuk memenangkan puak yang mereka pilih?.

Formula utama meningkatkan roh cinta dan persaudaraan ialah melalui usrah. Usrah ini haruslah seragam melalui silibus Lajnah Tarbiyyah Pusat. Selain itu, Mursyidul Aam, Presiden atau Ketua Dewan Ulama harus meruang sehari dalam sebulan untuk memberi takzirah kepada para pimpinan mahasiswa dan anak muda.

Imej Hassan al Banna
Al Hudaybi menolak menyamakan dirinya dengan al Banna dari segi pemikiran, tindakan dan budaya hidup. Pimpinan senior mahukan al Hudaybi mencontohi al Banna. Al Hudaybi masih berhubungan dengan sahabatnya daripada parti pemerintah, Parti Sa’di. Al Hudaybi juga rapat dengan pihak istana dan menteri tertentu. Kehidupan elitis al Hudaybi dijadikan modal untuk memburukkan dirinya.

Dalam PAS berulang kali kita membaca agar TGHH mencontohi TG Fadzil Nor atau Anwar Ibrahim. TGHH ada stail kepimpinan tersendiri, agak sukar menerima gaya kepimpinan kedua-dua pemimpin tersebut.

Tugas anggota PAS ialah menyokong TGHH dan memberikan kepercayaan kepada beliau dalam memimpin PAS dengan gaya kepimpinan beliau tersendiri. TGHH dilihat orang tarbiah, sarjana dan pemimpin yang tidak suka bermesra di warung kopi berbanding keramahan TG Fadzil Nor di warung kopi. TGHH lebih banyak diam, suka menulis buku dan menyampaikan tazkirah. Al hudaybi bekas hakim adalah orang elit berlainan gaya hidup dengan al Banna. Setiap pemimpin mempunyai gaya hidup yang berbeda dan rencam.

Jangan kita inginkan pimpinan mengikut kehendak kita tetapi kitalah yang kena ikut pimpinan yang sudah dibait oleh kita.

Masalah Pentadbiran Ikhwan
Al Hudaybi dituduh menghina jemaah kerana lambat mengaku beliau adalah Mursyidul Aam Ikhwan dan lambat meletakkan jawatan sebagai hakim. Beliau juga dikatakan mengemukakan syarat agar Abdul Kadir Audah seorang hakim dilantik sebagai timbalan Mursyidul Aam Ikhwan. Syarat ini melangkaui pemimpin senior seperti Saleh Asmawi dan Ahmad Hassan al Baquri.

Sangkaan ini dibuat oleh pihak musuh atau muslim yang dengki padanya. Sangkaan bersifat ragu-ragu menandakan hati yang tidak jernih dan penuh dendam serta dengki. Setiap tuduhan harus ada bukti, saksi dan pengakuan sebelum kita menghakimi. Penyakit hati akan menyerang sesiapa sahaja walaupun orang alim.

Pelantikan sesuatu jawatan harus kita selidik sama ada jawatan itu bersifat lantikan atau dipilih. Jika jawatan Timbalan Mursyidul Aam bersifat lantikan, adalah hak al Hudaybi untuk melantik orang yang disukainya. Dalam konteks PAS, pelantikkan setiausaha politik Presiden, Setiausaha Agung PAS dan Pesuruhanjaya PAS Negeri adalah kuasa lantikan Presiden PAS.

Al Hudaybi Pro ‘Kerajaan Perpaduan’?
Di bawah kepimpinan al hudaybi, beliau telah dipersoalkan tentang peranan Ikhwan dalam mengetuai gerakan penentangan secara nasional terhadap kerajaan Mesir. Peristiwa kehadiran beliau ke istana semasa pengangkatan sumpah Hafiz Afifi Pasha sebagai ketua kerajaan di tengah-tengah kemarahan dan kebencian pergerakan nasional terhadap istana. Hubungan baiknya dengan pemimpin pasca parti Wafd iaitu Mahir dan Hilali telah menimbulkan kecurigaan pergerakan nasional bahawa al Hudaybi akan membawa Ikhwan menjadi gerakan pro status quo. Al Hudaybi juga pernah mengadakan pertemuan dengan perwakilan British.

Perdebatan tentang hubungan dengan pemerintah memuncak apabila kehadiran Abdul Kadir Audah salah seorang pemimpin kubu pro melunakkan hubungan dengan pemerintah dianggap tanda kesediaan al Hudaybi ke arah itu.

Perundingan dan pertemuan dengan pemerintah adalah keperluan bagi setiap jemaah atau organisasi kerana kita mencari suasana yang lebih baik. Al Banna sebelum kematian telah berunding dengan pemerintah. Kematiannya, semasa menunggu untuk berunding dengan pegawai pemerintah di pejabat Syubanul Muslimin. Perundingan dengan pemerintah ada pelbagai sebab, kita sebagai anggota harus memberi kepercayaan kepada pimpinan atas kebijaksanaan mereka. Sebagai ahli bawahan, bukan urusan kita mencampuri urusan rahsia dan urusan tertinggi jemaah. Jemaah ada struktur kuasa yang tersendiri. Malangnya ada dalam kalangan kita ingin bertindak seakan-akan ahli syura jemaah, ingin mengatur parti dan merasakan dirinya lebih baik daripada pemimpin utama.

PAS pernah menghalalkan kemasukkan ke dalam BN dengan dalil-dalil khas Dewan Ulama PAS di bawah pimpinan TGNA pada ketika itu. Pertemuan ‘gelap’ wakil-wakil PAS termasuk yang terbaru di Istana Terengganu bukanlah perkara aneh. Berilah kepercayaan kepada pimpinan, insya Allah kita selamat.

Sedihnya dengan penuh provokasi dan sangkaan yang boleh membawa fitnah, kita membuat tuduhan dan tidak percaya kepada pimpinan walaupun berbuih mulut pimpinan menafikannya. Jadi, kita percaya kepada siapa? Adakah pimpinan parti lain atau pimpinan sewarung kopi kita yang membelanja kita?.

Imam Hassan al Banna syahid semasa berunding, kita pula anti perundingan?. Kita berunding dan bertawakal. Kemungkiran janji musuh walaupun kita dibantai dan tewas, Allah akan membalas sesiapa yang mungkir janji.

Layakkah Hassan al Hudaybi Menjadi Mursyidul Aam Ikhwan?
Sebelum dilantik secara rasmi, Imam Hassan al Hudaybi sememangnya menolak jawatan Mursyidul Aam. Beliau beberapa kali menolak tetapi tidak diizinkan sama ada oleh Dewan Pendiri atau kemenangan dalam pemilihan dengan sokongan majoriti ahli perwakilan. Al Hudaybi dilihat gagal menyatukan Ikhwan dan mengemudi Ikhwan dalam menghadapi pelbagai mehnah.

Menurut Syeikh Muhammad al Ghazali”.. .Sebenarnya beliau (al Hudaybi) tidak pernah berupaya untuk memimpin Ikhwanul Muslimin, tetapi Ikhwanlah yang meminta beliau memimpinnya. Ketegasan dan keistiqomahannya berhak untuk diketahui oleh setiap orang. Beliau tidak pernah berkeluh-kesah atau mundur kerana musibah atau ujian.” Bahkan pada tahun 1954, al Hudaybi sendiri pernah menyatakan ‘saya bukan (pilihan) tepat untuk memimpin organisasi ini’.

Kehadiran beliau sebagai pimpinan utama melemahkan disiplin dan kekuasaan pimpinan utama terhadap para anggota jemaah.

Perihal itu harus difikirkan dalam PAS. Adakah TGHH atau Ustaz Nasharudin Mat Isa layak memimpin PAS?. Adakah ahli tidak risau apabila TGHH dan TGNA sudah tiada dan PAS dipimpin oleh Ustaz Nasharudin Mat Isa?. Apa yang berlaku pada PAS pada era Ustaz Nasha?.

Persoalan ini terjawab pada kekuatan pengaruh Ustaz Nasha dan sokongan majoriti anggota PAS terhadap beliau.

Seperti yang kita tahu, TGHH tidak pernah dicabar dalam pertandingan muktamar. Manakala Ustaz Nasha merupakan calon yang menewaskan Timbalan Presiden PAS sebelum ini iaitu Ustaz Hassan Shukri. Ustaz Nasha juga berjaya mempertahankan jawatannya semasa dicabar oleh puak ulama yang mencalonkan Ketua Dewan Ulama Pusat, Tuan Guru Haron Taib. Muktakhir, beliau berjaya menewaskan pencabarnya dari puak pro profesional, Dato Husam Musa dan aktivis PAS tersohor, Muhammad Sabu. Perkara ini menjelaskan bahawa beliau mendapat dokongan majoriti ahli PAS.

Kemuncak Penentangan
Sejak al Hudaybi menjadi Mursyidul Aam, ketaatan mutlak yang dinamakan wala’ semakin berkurangan. Media digunakan untuk menentang beliau. Jika dianalisis, majoriti ahli Ikhwan bersama al hudaybi. Cuma sekelompok kecil sahaja yang gelisah dan terasa terganggu. Bahkan al Hudaybi berjaya memenangi kembali jawatan Mursyidul Aam pada 8 oktober 1953. Tetapi Al Hudaybi dituduh menyeleweng dalam pengundian ini.

Kemenangan al Hudaybi memberi ruang kepada beliau untuk menyelesai kes Biro Rahsia yang berkuasa di luar pengaruhnya. Pada 20 November 1953, Sayyid Fayiz, pemimpin nombor dua Biro Rahsia yang ingin membuka rahsia keahlian dan penempatan ahli biro telah dibunuh. Pada 22 November, 4 anggota Biro Rahsia Ikhwan telah dipecat. Wartawan cuba mengaitkan pemecatan pemimpin tersebut dengan kematian Fayiz. Tetapi Ikhwan menyatakan mereka dipecat kerana masalah disiplin. Masalah ini bertambah buruk apabila pada malam sebelum diumum pemecatan tersebut, al hudaybi bersama beberapa ahli Dewan Pendiri telah makan bersama Natsir dan pemimpin muda angkatan tentera. Pihak anti Hudaybi mula bertindak.

Seramai 21 pemimpin menziarahi kediaman Mursyidul Aam untuk menyerahkan memorandum agar al Hudaybi meletakkan jawatan. Kemudian mereka menuju dan berkumpul di pejabat agung ikhwan. Mereka bersama 70 orang ahli telah merampas kuasa pejabat agung ikhwan dan mendesak memorandum mereka diterima.

Rampasan kuasa dapat ditamatkan apabila pihak al hudaybi bersetuju menubuhkan suruhanjaya dalam menghakimi semula pemecatan 4 anggota Biro Rahsia. Pada 28 November, satu pertemuan antara pihak bertentangan diadakan. Pada pukul 4.00 petang, al Hudaybi tiba dan disambut meriah oleh majoriti ahli Ikhwan yang berkumpul. Kesempatan ini, baiah terhadap al Hudaybi diadakan semula, dan pemimpin pro al Hudaybi telah mengutuk habis-habisan terhadap pihak anti al hudaybi. Hasilnya, Saleh Asmawi, Muhammad al Ghazali, Sayyid Sabiq dan Abdul Aziz Jalal antara pemimpin anti Hudaybi yang dipecat.[jika tidak silap, Syeikh Yusuf al Qaradawi tergolong dalam kelompok anti Hudaybi]

Kita lihat dua nama besar pada dekad kemudian iaitu Sayid Sabiq pengarang Fiqh Sunnah dan Syeikh Muhammad al Ghazali Pemikir Islam ternama telah dipecat!. Adakah mereka tidak alim atau tidak setia kepada Ikhwan?. Ilmu, jasa, pengorbanan, kesetiaan tidak dapat disangkal tetapi mereka terpaksa dipecat kerana masalah disiplin iaitu tidak akur arahan pimpinan utama dan mempunyai pendapat sendiri dengan menolak pendapat jemaah.

Syeikh Muhammad al Ghazali pernah menulis hubungan beliau dengan al Hudaybi setelah peristiwa itu berlalu menyatakan “Saya menemuinya setelah berbagai musibah berlalu untuk memperbaiki hubungan dengannya. Semoga Allah Ta’ala mengampuni kita semua.”

Solusi
Kekuatan sesuatu jemaah bergantung kepada kualiti pemimpin utama, sokongan pimpinan tertinggi atau perwakilan dan sokongan majoriti ahli biasa. Tanpa dokongan ketiga-tiga elemen ini, sudah tentu al Hudaybi akan tumbang setelah diasak oleh segelintir anggota senior yang tidak puas hati dengan kepimpinan beliau.

Keunggulan PAS melalui 3 rangkai pimpinan yang berpengaruh akan berakhir setelah ketiadaan TGFN, TGNA dan TGHH. Ketiga-tiga orang ini mempunyai pengaruh yang besar dalam puak tarbiah, puak siasah dan majoriti ahli dalam PAS. Mereka adalah pemimpin pengasas kepimpinan ulama paling berpengaruh. Dibawah adalah analisis daif daripada saya tentang masa depan tokoh kepimpinan PAS.

a. Ustaz Nasharudin Mat Isa- seorang tokoh yang banyak ilmu tetapi tiada pengaruh besar dalam struktur jemaah. Beliau beruntung mendapat sentuhan tongkat TGFN dan TGHH yang memberi sokongan moral dalam struktur jemaah. Pun begitu, kemenangan dalam pemilihan muktamar boleh menjadi motivasi agar prestasi kepimpinan beliau semakin mantap. Pemilihan yang lepas beliau mendapat dokongan kuat daripada puak tarbiah. Beliau belum teruji tanpa tongkat kepimpinan utama. Secara peribadi, beliau akan jadi Presiden PAS yang lemah jika ahli PAS menolak beliau dan kemungkinan besar untuk dicabar pada jawatan Presiden PAS adalah besar. Keputusan terakhir milik perwakilan muktamar.

b. TG Tuan Ibrahim Tuan Man- seorang pimpinan popular, berilmu, mesra rakyat dan mendapat dokongan majoriti perwakilan. Beliau beberapa kali memenangi undi terbanyak dalam muktamar sehingga akhirnya beliau merangkul jawatan Naib Presiden. Bagi saya, beliau antara pimpinan besar untuk mengantikan TGHH sebagai Presiden.

c. Dato Husam Musa- tokoh berbakat besar, bijak dan mempunyai jaringan persahabatan yang luas. Pun begitu, beliau bukan pimpinan yang digemari oleh puak tarbiah dalam jemaah. Secara peribadi, beliau boleh melangkah ke jawatan Timbalan Presiden.

d. Dato Seri Ir. Nizar- seorang lagi pimpinan berbakat PAS dan mempunyai potensi besar dalam parti dan pakatan rakyat. Tokoh ini boleh sampai ke jawatan Timbalan Presiden PAS.

e. Dr Mujahid Yusof- tokoh yang banyak ilmu dan lebih liberal pendekatannya. Beliau tidak mempunyai pengaruh dalam puak tarbiah mungkin akan merencatkan perjalanan ke jawatan Naib Presiden dan Timbalan Presiden. Dalam organisasi, beliau hanyalah teoris tanpa pengalaman. Begitu juga dalam aksi jalanan atau pengalaman dipenjara. Jika perwakilan muktamar berubah corak pemikirannya, beliau adalah Presiden PAS pada masa depan.

f. Salahuddin Ayub – aktivis PAS yang sudah teruji, berbakat, mesra rakyat berjiwa warung. Boleh pergi jauh sampai ke jawatan Timbalan Presiden
g. TG Haron Din- ulama berilmu, popular dan mendapat dokongan puak tarbiah. Usia adalah kekangan.

h. TG Haron Taib – ulama berilmu, berpengaruh dalam puak tarbiah tetapi tidak popular dalam kalangan ahli biasa PAS. Usia dan kesihatan adalah kekangan.

i. Mat Sabu- Mempunyai kekuatan mendaki jawatan Timbalan Presiden tetapi tidak mampu bertahan lama.

j. Dato Mahfuz Omar- Paling tinggi tahap Naib Presiden dan mungkin tumbang dalam pemilihan yang akan datang.

Dalam PAS, persaingan antara puak tarbiah dengan puak siasah akan terus berlaku. Puak tarbiah lebih menganggap PAS adalah gerakan Islam manakala puak siasah menganggap PAS hanya parti politik. Jika dilihat, puak tarbiah kekurangan pimpinan muda yang boleh ditampilkan sebagai Naib Presiden. Penampilan ulama pelapis yang berkonsep-imej-pemikiran Profesional Ustaz (PROTAZ) harus diusahakan.

PROTAZ adalah gambaran ulama masa depan. Ulama bukan ditempatkan di masjid tetapi memasjidkan alam. Para agamawan yang berkerja di sektor perbankan, ekonomi, kewangan dan akauntan diharap menjadi ulama pelapis PAS. Secara peribadi, saya mengidamkan PAS dipimpin oleh para agamawan seperti Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, Ustaz Mohd Ramadhan Fitri dan Ustaz Nazri Chik.”

January 9, 2011

Kepentingan Memilih Perkataan Yang Baik

by sitihamizah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Firman Allah dalam Surah alBaqarah ayat 103-104

Dan jika mereka beriman dan bertaqwa, pahala dari Allah pasti lebih baik, sekiranya mereka tahu. Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan Ra’ina tapi katakanlah, Unzurna  dan dengarkanlah. Dan orang-orang kafir akan mendapat azab yang pedih

Pada permulaan ayat, Allah menunjukkan progres seorang yang beriman hendaklah beriringan bersamanya pertambahan taqwa. Hamba  yang bertaqwa sentiasa peka dengan akal, hati dan tingkah-lakunya supaya tidak melanggar perkara-perkara yang membawa kepada murka Allah. Allah menjelaskan dalam ayatnya jika mereka beriman bermaksud Allah memberi pilihan sama ada untuk kufur (di dunia yang penuh dengan godaan) atau untuk kekal berpegang teguh pada iman. Maka berbahagialah mereka yang berpegang teguh pada iman kerana Allah dengan jelas dan terang menjamin bahawa ganjaran dari sisi Allah itu tidak terbanding dengan segala kemewahan dan kesenangan dunia. Ganjaran yang istimewa dari sisi Allah itu memang menjadi mainan di mulut manusia. Syurga Allah yang kekal abadi tetapi adakah manusia benar-benar mengetahui? Kita ambil contoh pemandu memandu kereta sangat laju, apabila ditegur sudah pasti dia tahu akan akibat buruknya tapi adakah dia benar-benar tahu? Dia akan tahu dengan sebenar-benar tahu apabila dia sendiri cedera parah dalam kemalangan jalan raya. Pada waktu itu baru mengeluh “Kalau lah aku tahu”, bukankah sudah diingatkan? Jadi manusia hendaklah mengambil perhatian atas peringatan ini.

Kemudian Allah teruskan dengan mengalih perhatian dari bercakap mengenai Bani Israel (ayat 103 dan sebelumnya) dengan bercakap terus kepada orang-orang beriman. Ini adalah signal supaya kita tidak mengulangi tabiat buruk Bani Israel. Allah memberi amaran kepada orang-orang beriman supaya jangan menggunakan perkataan Ra’ina tapi gantikan dengan Unzurna. Ra’ina digunakan apabila orang yang bercakap mahu para hadirin memberi perhatian. Apabila vokal huruf ya dipanjangkan ia bermaksud orang gaji atau orang yang diupah melakukan kerja pembersihan. Orang-orang Bani Isreal suka menggunakan perkataan ini untuk menghina/menyindir orang lain.

Jadi Allah mahu membuang terus tabiat menggunakan perkataan tersebut yang mempunyai dua maksud (satu maksud baik, satu maksud buruk) seperti contoh di atas. Tapi sebaliknya gunakanlah Unzurna yang membawa maksud yang sama untuk tujuan yang sama kerana ia selamat dari dipermain-mainkan perkataan itu.

Allah melarang kita dari bermain-main dengan perkataan. Allah melarang kita menggunakan perkataan yang boleh membawa kepada salah faham walaupun niat asalnya adalah untuk kebaikan. Allah mengingatkan bahawa orang beriman sepatutnya meninggalkan terus penggunaan perkataan seumpamanya dan pilihlah perkataan yang baik apabila berbicara. Kerana jelas bahawa setiap yang keluar dari mulut kita (atau yang tidak keluar dari mulut kita) menggambarkan apa yang ada dalam hati kita, baik atau buruk, bersih atau kotor, iman atau kufur. Sesungguhnya akhlaq adalah buah kepada iman.

Allah menutup ayat 104 dengan mengatakan manusia yang degil untuk menurut perintah ini adalah manusia yang kufur dan pasti azab Allah yang pedih sedia menunggu (semoga kita dilindungi darinya).

WaAllahu a’lam

 

 

January 3, 2011

Gout

by saitusaya

Apa itu Gout? Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan. Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang mengidapi gout.

Serangan gout boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-

* Serangan akut (tiba-tiba).

* Serangan kronik yang berpanjangan.

Serangan gout akut dikenal pasti sebagai serangan yang berulang-ulang, sendi menjadi bengkak dan rasa berdenyut berpanjangan dalam tempoh antara lima hingga enam hari. Pesakit datang mengadu dengan gejala tulang sendi mereka seolah-olah digigit. Manakala bagi serangan kronik berpanjangan, walaupun pesakit tidak merasa berdenyut-denyut namun pesakit tetap merasa tidak selesa. Di samping itu tempoh kesakitan berterusan hingga mengambil masa yang agak lama dengan anggaran antara dua hingga tiga minggu. Bagi menghilangkan rasa sakit ini, biasanya pesakit terpaksa mengambil ubat penahan sakit.

Faktor-faktor berikut juga boleh menyebabkan gout:

1. Diet dan berat badan juga salah satu punca keadaan asid urik gout seperti kegemukan, satu diet protein tinggi, alkohol atau rendah kalori dalam diet.

2. Ubat juga mendatangkan asid urik gout. Ia boleh meningkatkan asid urik dalam darah. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakan ubat seperti aspirin, diuretics.

3. Orang yang pernah mengalami penyakit ginjal, tekanan darah, kecederaan dan pembedahan berkemungkinan besar boleh mendapat gout.

Makanan yang patut di elakkan ialah:-

* Makanan laut seperti ikan, kerang, sardin dan ikan bilis.

* Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam.

* Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung.

* Daging merah.

* Cendawan.

* Yis (roti putih, roti manis).

 

Sesiapa yang mengalami sakit di bahagian sendi, anda seharusnya berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan khidmat nasihat, apa seharusnya dibuat dan apa yang tidak. Jika sesiapa di kalangan keluarga anda mengalami simptom-simptom di atas, rujuk juga kepada doktor supaya dapat mengelakkan komplikasi yang boleh menjejaskan kesihatan anda di masa akan datang.

 

–Sila jaga kesihatan anda–